BAB 6

Romance Completed 10503

Tubuh yang penat direbahkan ke katil. Tangan dilekapkan ke dahi. Fikirannya melayang di saat pertama kali bertemu Marissa. Sopan Marissa berbaju kurung moden yang bersulam cantik. Ringkas tapi menawan. Membuatkan banyak mata yang memandang. Termasuk la dirinya.

Rata-rata perempuan yang hadir pada malam itu memakai dress. Ramai juga yang memakai dress terbelah sehingga ke pangkal paha. Belum ditambah lagi dengan dress yang menampakkan lurah. Hanya Marissa seorang sahaja yang berbaju kurung dan bertudung. Dan ternyata pembawaan Marissa yang begitu sopan dan manis membuatnya tertawan. Dia jatuh cinta sebelum bercakap dengan Marissa! Betapa anehnya cinta.

Tapi dia hanya bertepuk sebelah tangan. Marissa langsung tidak tertarik dengan dirinya. Betapa pedihnya hati bila cinta ditolak. Kalau la dia tahu begini rasanya cinta tak berbalas, pasti dia tak akan mempermainkan perasaan perempuan. Mungkin ini balasan untuknya. Balasan kerana mempermainkan hati orang lain dengan sewenangnya.

Bagaimana lagi cara agaknya untuk melembutkan hati Marissa. Dia sendiri sudah buntu. Bagi bunga, Marissa campakkan ke dalam tong sampah. Bagi coklat, Marissa sedekahkan pada budak-budak kecil. Bagi rantai pun dipulangkan kembali. Diajak bershopping lagi la Marissa tak nak.

Dibukanya genggaman tangan. Seutas rantai yang terukir nama Rissa dipandang lama. Dia berjanji pada dirinya sendiri apabila tiba saatnya dia akan kalungkan ke leher Marissa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience