BAB 2

Romance Completed 10503

“ Nah, bunga mawar merah untuk kau lagi.” Alia meletakkan jambangan bunga merah di atas meja Marissa. Alia tersenyum bila ternampak kerutan di dahi Marissa. Faham dengan kerutan di wajah itu.

“ Dia lagi ke?” tanpa perasaan Marissa bertanya. Dipandang bosan bunga dihadapannya. Dia memang sukakan bunga mawar tapi dia tak suka orang yang menghantar bunga tersebut!

Tercetus ketawa Alia. Jelas dengan perasaan Marissa yang tidak suka dengan lelaki itu.

“ Siapa lagi…dia la yang hantar. Diakan nak beli jiwa kau.”

Marissa mencebikkan bibir.

“ Kau buat la apa yang patut dengan bunga tu. Yang penting jangan letak kat dalam bilik aku. Buat hilang seri je.” Alia hanya menggelengkan kepala.

“ Aku rasa lama-lama nanti ofis kita boleh buka kedai bunga la. Mana taknya, kalau hari-hari kau dapat bunga. Sampai seratus kuntum bunga mawar dia bagi kat kau.” Sengaja Alia menyakat Marissa.

Marissa menolak bunga tersebut jauh-jauh darinya bagaikan menolak racun sahaja.

“ Biarlah kalau ofis ni jadi kedai bunga sekalipun, aku tak peduli. Yang aku peduli sekarang ni kenapa la lelaki ni degil sangat. Tak makan saman langsung. Aku dah cakap yang aku tak suka dia tapi dia ni jenis tak faham bahasa…ish…geram betul la.” Penuh perasaan Marissa meluahkan. Sememangnya lelaki yang bernama Danial Farhan sangat keras kepala. Sudah dikata tidak mahu tapi masih mahu terhegeh-hegeh. Dia sendiri naik pening dengan kerenah lelaki itu.

“ Itu maknanya dia sayangkan kau. Tapi kau yang tak nampak. Buka sikit pintu hati kau luas-luas. Baru kau nampak ketulusan hati dia.”

Marissa mengetap bibirnya geram. Ish Alia ni…bukannya dia tak tahu yang si Danial Farhan tu kaki perempuan. Alia nak ke aku makan hati berulamkan jantung kalau aku terima Danial Farhan. Buat sakit jiwa je nanti.

“ Takde maknanya aku nak buka pintu hati aku luas-luas. Macam la kau tak tau yang dia tu playboy. Kau nak ke kalau kawan baik kau yang seorang ni kecewa nanti kalau dia tinggalkan aku?”.

Alia memandang raut wajah di depannya. Nampak riak tidak puas hati dia wajah Marissa bila dia seolah-olah setuju sekiranya Marissa menerima cinta Danial Farhan.

“Aku tahu yang dia kaki perempuan tapi mungkin dia dah berubah. Siapa tahu yang kalau-kalau kehadiran kau buat hidup dia jadi lebih bermakna. Bukan lagi seorang playboy tapi pencinta setia. Setia terhadap cinta Marissa. Hehehehe…” Lebar senyuman Alia. Dia dapat rasakan yang Danial Farhan benar-benar sudah berubah. Perubahan yang sangat ketara. Cuma Marissa sahaja yang membutakan mata.

Dah macam tajuk novel je aku rasa. Cinta Marissa…tader…tader…aku tak nak jugak. Marissa mengeleng-gelengkan kepalanya.

“ Kau rasa orang macam dia tu boleh berubah ke? Dia takkan boleh hidup tanpa perempuan keliling pinggang la.” Sinis Marissa membalas. Bukannya dia tak pernah nampak Danial Farhan mengusung perempuan ke sana sini. Dan tiap kali itu la dia nampak perempuan yang berbeza dibawa oleh lelaki tersebut. Betapa mudahnya lelaki itu mendapatkan perempuan. Huh!

“ Semua orang boleh berubah. Dia pun tak terkecuali.”

Marissa mengerutkan dahi.

“ Kau kawan siapa sekarang ni? Kawan aku ke kawan dia? Cara kau cakap macam kau kawan baik sangat dengan dia.”

Alia tergelak mendengarkan bicara Marissa. Marissa jauh hati.

“Sory…memang la aku kawan kau. Aku cuma bagi pendapat je. Jangan kecil hati tau.”

“ Okay tapi jangan cerita pasal dia lagi. Aku tak nak dengar.” Marissa memberi amaran.

Alia hanya menggelengkan kepala.

Marissa membulatkan mata. “Alia!”

Spontan Alia ketawa lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience