BAB 3

Romance Completed 10503

Langkah kakinya dihala menuju ke tempat di mana dia letak kereta. Saat dia mula dekat dengan kereta persona miliknya, matanya menangkap tubuh seseorang yang sedang elok bersandar di tepi keretanya. Lelaki tersebut menundukkan wajah di balik topi yang dipakai. Terus Marissa memperlahan langkahan kakinya.

Ah sudah..siapa pula ni? Hati Marissa sedikit gentar. Ditambah pula kawasan yang sunyi. Tiada orang. Marissa mengutuk dirinya. Menyesal pula balik lambat. Tapi dia terpaksa kerana ada kerja yang perlu disiapkan. Kalau tak siap pasti bosnya yang berkepala botak licin itu membebel. Dia lebih rela dengar maknya membebel dari Mr Lim membebel. Mengalahkan perempuan.

Marissa menyeluk tangannya ke dalam beg. Mencari sesuatu untuk dijadikan senjata. Minyak wangi dikeluarkan. Ah, jadi la daripada takde apa-apa.

Debarannya makin memuncak bila jarak mereka semakin dekat. Serentak dengan itu lelaki tersebut mengangkat wajah. Marissa yang menghalakan minyak wanginya ke arah lelaki itu terus menukar arah semburan ke tempat lain.

Fuh, mujur tak kena mata dia. Tangan dilekapkan ke dada. Menahan debar yang beransur hilang.

Pandangan geram dihalakan ke arah Danial Farhan.

“ Apa yang awak buat ni?”

Danial Farhan mengerutkan dahi tanda tak faham.

“Apa yang saya buat?”

Marissa menahan nafas yang dari tadi tertahan-tahan. Bengang dengan Danial Farhan yang bagai tidak faham.

“ Awak jangan pura-pura tak tahu la.”

Danial Farhan menggarukan kepalanya di balik topi yang dipakai. Dia benar-benar tak faham, apa yang dia buat sampai Marissa nampak marah? Sungguh, dia tak tahu!

“Rissa sayang, saya betul-betul tak tahu apa yang saya buat sampai awak marah macam ni. Kalau awak marah sebab saya hantar bunga saya minta maaf. Tapi saya akan tetap hantar bunga hari-hari pada awak.”

Marissa membulatkan matanya. Masalahnya sekarang ni bukan sebab bunga tapi sebab kemunculan lelaki itu yang menunggu di tepi keretanya membuatkan dia takut sebentar tadi. Ingatkan ada perompak atau perogol yang sedang menunggu.

Marissa turut menyandarkan tubuhnya di sebelah Danial Farhan. Namun masih ada jarak di antara mereka.

“ Bukan sebab bunga. Awak betul-betul buat saya takut malam ni.” Nafasnya dihembus kasar.
Danial Farhan menghadapkan tubuhnya, memandang Marissa yang berada di sebelah. Dia dapat lihat muka Marissa yang sedikit pucat. Hatinya jadi tidak enak.

“ Saya buat awak takut? Kenapa? Apa yang saya buat? Dan kenapa awak pegang minyak wangi? Tadi pun awak hampir sembur saya dengan minyak wangi awak tu.” Pelik juga tadi apabila dia mengangkat wajah Marissa menyemburkan minyak wangi dekat dengannya tapi tak terkena dia.

“Awak la…siapa suruh awak berdiri tercongot kat kereta saya. Siap pakai topi bagai. Baju pun warna hitam. Siapa yang tak takut. Saya ingatkan ada orang jahat mana la tadi.” Dengan satu nafas Marissa bersuara.

Danial Farhan tergelak besar mendengarkan ayat itu. Boleh pula dia dikatakan penjahat. Comel pula Marissa dalam keadaan marah macam ni.

“ Jangan gelak la. Tak kelakar pun. Patutnya tadi saya sembur je mata awak dengan minyak wangi ni. Biar padan muka.” Marissa memeluk tubuh. Bengang dengan Danial Farhan yang mengambil ringan kata-katanya.

Danial Farhan menggantikan ketawa tadi dengan senyuman manis.

“ Punya la handsome muka saya ni, boleh pula awak fikir yang saya ni penjahat. Ada muka penjahat ke saya ni?”

“ Suka hati awak la. Malas saya nak layan. Saya nak balik. Dah tepi.” Namun Danial Farhan masih tak berganjak dari kedudukannya.

“ Kejap, saya nak tengok muka sayang saya ni. Nak lepas rindu.” Memang benar yang dia rindukan Marissa. Seminggu outstation tanpa melihat wajah kesayangannya benar-benar membuatkannya kerinduan. Rindu separuh mati. Walau Marissa tidak mahu berjumpa dengannya, dia masih lagi sembunyi-sembunyi memandang Marissa dari jauh. Cuma adakalanya dia akan muncul di depan wanita ini bila kerinduannya memuncak. Macam sekarang ini.

Marissa menggenggam beg tangannya erat. Ada pula yang kena baling dengan beg ni pula nanti. Dia dah la penat, semakin penat bila dihadapkan dengan kerenah Danial Farhan. Sangkanya Danial Farhan sudah berputus asa kerana hampir seminggu juga Danial Farhan senyap. Tiada lagi mesej dan panggilan telefon yang diterima dan tiada lagi batang tubuh Danial Farhan muncul di ofis. Cuma dia masih menerima bunga setiap pagi.

Ternyata telahannya meleset. Danial Farhan masih macam dulu. Mengharapkannya. Walau sudah diterangkan di pertemuan terakhir mereka yang dia tak boleh menerima Danial Farhan namun lelaki itu seolah-olah tidak mengerti. Payah! Tak tahu nak cakap macam mana lagi.

“ Saya nak balik. Please…tolong faham. Saya penat sangat-sangat sekarang ni.”

Danial Farhan merasa belas. Dia faham yang Marissa penat. Cukuplah dia hanya dapat menatap wajah Marissa walau sekejap. Sedikit sebanyak kerinduannya terubat. Tubuhnya dialihkan sedikit dan pintu kereta dibuka.

Pantas sahaja Marissa meloloskan diri ke dalam kereta namun belum sempat dia menutup pintu tangan Danial Farhan menahan. Danial Farhan menundukkan sedikit tubuhnya agar pandangan mereka bertemu.

Marissa menjarakkan tubuhnya. Terkejut dengan kelakuan Danial Farhan.

“ Lepas ni jangan balik lambat lagi macam ni. Saya tak suka. Nasib baik saya yang tunggu awak tapi macam mana kalau orang jahat yang tunggu awak tadi. Apa yang awak nak buat?” Dia bukannya nak takutkan Marissa tapi Marissa perlu sedar, bahaya perempuan sepertinya balik lewat malam begini. Dia sendiri bimbang akan keselamatan Marissa. Kalau ada lelaki yang berniat tidak baik bagaimana? Dia sendiri tidak dapat bayangkan apa yang akan terjadi.

Marissa hanya mendiamkan diri.

“ Tak apa la..drive hati-hati. Balik rumah nanti awak rehat. Saya tahu awak letih. Jaga diri Rissa sayang” tangan Danial Farhan sempat mengusap kepala Marissa di balik tudung yang dipakainya sebelum dia menutup pintu kereta.

Marissa terkedu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience