BAB 2

Romance Completed 5102

"Macam mana lah si Irfan boleh tangkap cintan dengan kau? Muka je cantik tapi masak.. hampehh!"

Eiii geramnya aku…

"Helo sayang you ada kat mana?"

"I ada kat rumah. Baru lepas memasak dengan Qalish tadi. You pulak kat mana ni?" Reina menanggalkan apronnya. Rasa penat yang bertandang masih belum hilang. "I on the way nak pergi rumah you la. Nak ajak you lunch sama." Reina mengambil tempat di ruang tamu. Kepalanya disandarkan sebentar pada sofa. "You lagi berapa minit nak sampai? I nak mandi dulu lah. Bau bawang masih melekat lagi ni. you tunggu tau."

"Sayang, kenapa you tak makan? you sakit ke ni?" Reina menggeleng. Bukannya sakit, tetapi seleranya terbantut apabila melihat hidangan di depan matanya. Siakap sweet sour! Teringat pulak pada ayat-ayat pedas Qalish petang tadi."Takpe lah I tiba-tiba rasa kenyang. Tengok you makan pon I dah kenyang." Irfan ketawa.

"You ni macam tu pon boleh kenyang ke? By the way, macam mana dengan Qalish ? Dia okay je kan?" Reina memaniskan mukanya dalam keadaan terpaksa. "Cousin I tu memang macam tu. Mulut dia pedas sikit tapi hati dia baik." Reina mengangguk. Dalam diam dia berasa bersalah jugak sebab dia masih belum kenal hati budi Qalish tapi dia sudah membuat kesimpulan yang bukan-bukan. Tak adil tu.

(Flashback)

"Sayang you kan tahu I tak kisah pun kalau you tak pandai masak." Reina masih mahu menegakkan kata-katanya. "Takpe lah you. I nak belajar masak ni pon untuk kebaikan kita dua jugak bila dah kahwin nanti." Irfan tersenyum mendengar kata-kata bakal isterinya. Kerana pendirian Reina lah, dia jadi terpikat pada gadis itu. Seorang gadis yang gemar berdikari dan tidak pernah menunjukkan dia lemah. Lagi dua bulan mereka akan melangsungkan majlis perkahwinan. "Okay, kalau macam tu I boleh mintak tolong pada cousin I. Dia chef di one of the five stars hotels kat KL." Reina mengangguk. Dia berasa sangat beruntung mempunyai bakal suami sebaik Irfan. Seorang yang sangat memahami dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience