BAB 8

Romance Completed 5102

“Apa hak aunty untuk hina dia macam tu sekali? Sekampung-kampung dia pun dia masih tahu cara untuk hormat orang lain. Kau pun sama Tamara. Kau ingat kau bagus sangat? Sebelum kita nak hina orang lain, better kita cermin diri kita dulu. Kalau harap ada pelajaran tinggi tapi otak letak merata pun nak buat apa.”

“Qal !” Datin Khamsiah tersentak dengan kata anak buahnya.

“I’m not sorry for what I’ve said, aunty. Qal dah tak sanggup tengok semua benda ni.”

“Why you defend her? Entah-entah Qal yang ada hati kat perempuan kampung tu. Sepatutnya Qal kena sokong aunty. Perempuan tu tak layak tuk jadi menantu dalam rumah ni.” Tamara mengangguk. Mengiyakan kata-kata wanita setengah abad itu.

“Mummy, Irfan cintakan-” kata-kata Irfan dipotong oleh Qalish.

“Yup, memang Qal dah lama ada hati kat dia. Sebelum dia jumpa Irfan lagi. Tiga tahun aunty, selama tiga tahun Qal cari dia tapi bila Qal dah jumpa dia, dia nampak bahagia dengan Irfan. Qal yakin Irfan takkan lukakan dia tapi Qal silap. Malam ni dah buktikan segala-galanya. Qal janji Qal takkan biarkan siapa-siapa lukakan hati Reina lagi termasuk kau Irfan.” Qalish melangkah pergi meninggalkan mereka semua dalam keadaan terpinga-pinga.

“Jom!”

“Eh nak pergi mana ni? Saya nak bagi masak lemak ikan keli ni pada Irfan.”

“Kau ni tak tahu malu ke? Dia orang dah hina kau macam-macam kau masih lagi ada hati nak bagi dia benda ni?” Air mata yang ditahan-tahan sedari tadi mengalir juga. “Dah jom!” Qalish menarik tangan Reina, menyebabkan bekal di tangannya jatuh di atas lantai. SebagIrfan a jatuh bekal itu, begitulah juga jatuh berkecainya hati Reina apabila dihina oleh Datin Khamsiah dan Tamara.

(Sebulan kemudian)

“Dik, kasi abang mi goreng basah satu. Air milo ais.” Budak perempuan dalam lingkungan 18 tahun itu mengangguk selepas mengambil pesanan dari lelaki itu. Alhamdulillah setelah kedatangan Reina, sambutan pelanggan ke gerai kecil itu amat memuaskan. Keramahan Reina menarik para pelanggan untuk terus berkunjung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience