BAB 9

Romance Completed 5102

“Akak, mi goreng basah satu ek.”

“Okay.”

Berkerut-kerut dahi lelaki itu menjamah mi goreng basah di hadapannya. Macam ada yang tak kena je. Mira mula bermonolog dalam hati. “Dik sini kejap.” Mira menghampiri lelaki berpakaian t-shirt polo itu.

“Boleh abang jumpa orang yang masak mi goreng ni?”

“Eh kenapa abang?”

“Tak ada apa-apa. Abang saja nak jumpa dengan tukang masak kedai ni.” Mira akur dengan permintaan pelanggan tadi. Dia menuju ke dapur. Sejak ibunya tidak sihat, Reina lah banyak membantu keluarganya. Membantu dari segi kewangan dan juga tenaga. “Akak, ada abang hensem nak jumpa.” Reina mengangkat sebelah kening, menayang muka pelik pada Mira. Sebelum ni tak pernah-pernah pulak ada mamat hensem nak jumpa aku. “Akak taruh apa dalam mi goreng akak tu? sampai ada orang tangkap cintan kot.” Mira sudah mula menyakat Reina. Ada saja idea mahu mengusik kakak angkatnya. “Ada lah. Akak baca ayat-ayat cinta sikit. Ish, kalau tak pergi jumpa boleh tak? Akak sibuk ni.” Mira menggeleng. Memang tak logik langsung alasannya. Cuma ada empat pelanggan je sekarang. Kalau tadi tu ye lah sibuk pun sebab ramai. “Akak pergi la cepat. Jangan buat abang tu tunggu lama-lama.” Reina merengus geram. “Ye lah ye lah.”

“Ye encik. Ada apa encik nak jumpa saya? Mi goreng saya tu sedap sangat ke?” soal Reina pada lelaki yang sedang duduk membelakanginya. “Sedap awak cakap? Apa kedai ni kehabisan garam ke? Langsung tak ada rasa. Tawar.” Reina menelan air liur, membasahkan tekaknya yang mulai perit. Aku rasa ni macam suara Qalish. “A-Qalish ? Apa awak buat kat sini?”

“Kau apa khabar? Sihat?” Reina mengangguk sambil tersenyum. Matanya terpikat pada keindahan sawah padi di depan matanya. Sungguh indah ciptaan Tuhan. Qalish menjadi semakin tertawan dengan kecantikan Reina apatah lagi sekarang gadis manis itu bertambah manis mengenakan tudung bawal berwarna pink lembut. “Qalish kenapa awak tengok saya macam tu?” Reina menahan debar di dada. Entah kenapa hatinya jadi tak menentu saat mata mereka berdua bertembung. Masih terngiang-ngiang lagi soalan yang terpacul keluar dari bibir lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience