BAB 5

Romance Completed 5103

"FAHAAAMMM!"

Reina menghempaskan badannya di atas tilam. Kalau ikutkan mau saja dia berhenti belajar memasak. Rasa macam masuk kem tentera pon ada. Takpe Reina, you can do it okay? Buktikan pada si chef poyo tu. Jangan ingat aku ni nampak lemah aku tak boleh la. We'll wait and see!

(Seminggu kemudian)

"Assalamualaikum, Reina sayang. malam ni kita keluar dinner sama-sama eh." Reina meletakkan gelas ke dalam sinki. "Dinner? kat mana?" Irfan mengukir senyuman sebelum menyambung percakapan.

"Biarlah rahsia."

"You ni sejak bila pandai main rahsia-rahsia ni."

"Sejak I kenal you lah. Pukul 8.30 malam ni I datang ambik you."

Reina, Reina … kau nampaknya memang tak ingat aku langsung. Qalish mengeluh panjang. Sudah hampir 3 tahun dia tidak berjumpa dengan Reina. Tapi bila dah jumpa rasa tak ada makna pon semua ni. dia bakal jadi milik lelaki lain. Tambah-tambah apabila lelaki itu merupakan sepupunya sendiri. Irfan, kau memang beruntung sebab berjaya dapatkan perempuan sebaik dia. Aku harap kau takkan sia-siakan atau lukakan hatinya.

Sebaik saja dia mahu melelapkan mata, Iphone yang terletak elok di atas meja berbunyi. Qalish bingkas bangun, mencapai telefon bimbitnya itu. Nama Irfan yang tertera di skrin membuatkan dahinya berkerut. Ada apa-apa hal penting ke?

“Helo, bro.”

“Hah apa hal kau call aku ni? Tak pernah-pernah kau call.” Dalam bergurau itu terselit juga kata-kata sindiran. Irfan sudah lama tidak menghubunginya. Maklumlah masing-masing sibuk. Qalish pernah juga berkunjung ke rumah Pak Longnya itu tapi dia langsung tak nampak batang hidung Irfan. “Sorry la bro. I’m a bit busy lately. Kau kan tahu tak ada siapa yang nak uruskan syarikat papa aku tu. Lain lah kau, selalu free je.” Qalish menggeleng. Malas nak melayan sepupunya. Nak menang je. “Actually aku nak ajak kau keluar malam ni. For family gathering. Tempat macam biasa, kat Villa Impian a.k.a rumah aku.” Qalish terdiam. Ada satu soalan terbuku dalam benaknya. “Reina join ke?” Kalau gadis bernama Reina itu turut serta, Qalish sudah pasti mahu mengundur diri. Malas dia mahu melihat kemesraan antara mereka berdua. Antara gadis idamannya dengan sepupu dia sendiri. Kini Irfan pula mengambil giliran untuk berdiam diri. “Sebenarnya aku…” serba salah dia ingin meneruskan bicaranya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience