BAB 6

Romance Completed 5102

“Mummy aku tak suka dia Qal. Aku tak tahu apa lagi patut aku buat. Malam ni aku nak sangat kau join. Malam ni aku akan terus-terang dengan mama yang aku betul-betul sayangkan Reina and aku nak dia jadi isteri aku. Bukannnya Tamara.”

“Jadi selama ni kau tipu Reina ke Irfan ? Kau tak cerita langsung pada dia yang mummy kau tak restu hubungan korang dua? Habis tu kenapa kau cakap kat aku lagi 2 bulan korang nak kahwin? Apa ni Irfan ? Lakonan apa ni?”

“Aku tak sanggup lukakan hati dia Qal. I really love her and I couldn’t tell her yang mummy benci dia. Tak apa malam ni aku akan betulkan segala-galanya. Kau janji kau kena datang yer Qal.” Qalish mematikan telefon. Entah kenapa perasaan geram muncul dalam hatinya. Gadis sebaik Reina diperlakukan seperti itu.

Qalish, awak boleh tak hantar resepi ikan keli masak lemak pada saya?

Kau nak buat apa? Nak masak? Rajin pulak kau.

Ishhh, sibuk je la dia ni. Orang rajin pun salah. Malam ni Irfan nak bawak saya keluar so saya nak la masak untuk dia.

Qalish mengeluh. Kalau la Reina tahu tentang perkara sebenar…

“Awak nak bawak saya pergi mana ni?” ujar Reina dalam esakan. “K-kenapa awak buat macam tu? Kenapa awak selamatkan saya tadi?” Qalish diam membatu. Saat ini dia juga terkelu tidak tahu mahu menjawab apa untuk pertanyaan Reina itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience