BAB 11

Romance Completed 5102

“Kau cari aku ke?” Hampir terjerit Reina disitu apabila bayang lelaki itu muncul dari mana entah.

“Ha’ah saya cari awak sebab hmmm…sebab”

“Sebab apa?”

“Saya nak jawab soalan awak hari itu.”

“Soalan? Soalan apa?” Reina menggigit bibir, geram dengan Qalish yang sengaja buat-buat tak ingat.

“Saya-saya sukakan awak jugak. Mintak maaf sebab dah terlambat baru saya sedar tentang perasaan saya. Saya tak sangka lelaki macam awak sukakan saya. Awak perfect, saya pula ada banyak kelemahan. Saya ni tak pandai masak lepas tu-”

“Tu aku tahu. Tak apa benda tu boleh belajar.”

“Saya harap awak dapat terima saya seadanya.” Panjang lebar Reina berucap. Dia tersenyum. Perasaan yang terbuku di hatinya terluah juga. Kini dia hanya menunggu respons lelaki di hadapannya saja.

“Miss Reina Ilyani, will you marry me?”

“Huh?” Reina naik blur tiba-tiba.

"Cepat lah jawab. Kau nak biar aku melutut lama-lama ke kat sini?"

"Awak ni kan! Okay saya terima tawaran awak, Mr. Qalish and awak akan terikat dengan saya sampai bila-bila. Sebab awak Mr.Chef saya. Deal?"

"Deal."

Tawa mereka bersatu.

Masih belum terlambat untuk mereka berdua mengapai bahagia kerana peluang untuk bahagia itu sentiasa ada. Kalau dah jodoh tak kemana kan?

Share this novel

Hawani Hashim
2023-09-20 18:35:07 

Next please


NovelPlus Premium

The best ads free experience