BAB 10

Romance Completed 5102

“Saja. Maybe sebab aku rindu kau.”

“Rindu?” Qalish mengangguk, mengiyakan soalan Reina tadi.

“Aku tak sangka sejauh ni kau pergi. Puas aku cari kau Reina. Dah macam tak tentu arah aku rasa dan akhirnya lepas satu bulan, aku jumpa kau kat sini. Itu pun aku dapat tahu dari Kak Zie lepas aku paksa dia untuk ceritakan pada aku kat mana kau sekarang.”

“Saya-saya tak berniat nak buat awak macam tu. Saya mintak maaf.”

“Tak apa. Kau tak salah. Aku yang salah sebab paksa kau untuk terima aku. I’m sorry for that night. Aku tak patut tanya soalan macam tu pada kau. Aku rasa cukup lah buat masa sekarang. As long as aku dah tahu kau kat mana, itu pun dah cukup untuk aku. Thanks Reina and I hope we can still be friend.” Qalish bangun, mahu meninggalkan Reina di situ. Bagi dia, melihat Reina gembira bersama orang lain pun sudah memadai. Cinta tak semestinya memiliki. Reina kaku, tidak dapat berbuat apa-apa.

“Akak mana abang hensem tu tadi?”

“Dia dah balik dah.”

“Balik? Akak tak pergi kejar dia ke? Akak cepat lah pergi kejar dia. Dia sanggup datang sini untuk cari akak. Mira dah dengar semuanya tadi. Abang tu nampak ikhlas sayangkan akak. Bukan senang kita nak jumpa orang yang jujur sayangkan kita.” Reina menggigit bibir. Setiap kata Mira tadi ada benarnya. Setiap masa yang diluangkan bersama lelaki itu berlayar dalam fikirannya. Pergaduhan, kata-kata sinis, dan senyuman Qalish semuanya sedang bermain dalam mindanya. “Mira, pinjam motor.” Mira tersenyum. Inilah semangat yang kita perlukan, go kak Reina !

Reina melilau-melilau mencari kelibat Qalish. Dalam hati dia mula mengutuk diri sendiri. Sudah terlambat kah untuk dia menyedari akan perasaannya pada Qalish ? “Qalish angkatlah telefon!” Beberapa kali dia cuba menghubungi lelaki itu namun tiada jawapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience