BAB 7

Romance Completed 5102

Imbas semula

“Sayang, siapa perempuan tu?” soal Tamara, menginginkan kepastian. Biji matanya terbeliak melihat ada gadis lain disebelah bakal suaminya. Mummy Irfan sudah berdehem serta menghantar jelingan berupa amaran pada anak tunggalnya. Reina melepaskan tangan Irfan apabila semua yang berada di situ memandangnya dengan satu pandangan tajam. Hatinya mula tidak tenteram. Kenapa semua pandang aku semacam ni? Eh Qalish pun ada kat sini. “Mummy, Irfan ada benda nak confess pada mummy and pada semua yang ada malam ni.” Semua khusyuk memberikan perhatian, tidak mahu terlepas satu perkara pun. Qalish cuba menenangkan diri. Dia sudah bersiap sedia, jika Reina diapa-apakan oleh Datin Khamsiah dia akan segera membawa gadis itu lari dari Villa Impian itu. Irfan mengambil nafas, mengatur kata-katanya.

“Irfan nak jadikan Reina isteri Irfan. Tak kira lah mummy and papa setuju atau tak, itu keputusan Irfan. Muktamad.”

“Mummy tak setuju! Irfan, mummy dah banyak kali cakap pada Irfan perempuan tu tak layak jadi menantu dalam keluarga kita. I hate her. Datang dari kampung lepas tu ada hati nak masuk dalam keluarga kita.”

“Sayang mana janji you pada I. You kata you sayang I, and you akan jadikan I isteri you. Apa semua ni? I lagi cantik dari perempuan kampung ni. You ni dah buta ke apa?”

Qalish mengepal penumbuknya. Dia masih lagi waras, tahu membezakan yang baik mahupun buruk. Kalau tak dah lama, Datin Khamsiah dan Tamara makan penumbuk malam itu. Reina menahan air mata daripada tumpah. Tak sangka seteruk itu mereka membenci dirinya.“Hei perempuan, apa you dah buat pada abang Irfan hah? Sampai dia tergila-gilakan you? Kami akan berkahwin tak lama lagi tapi sebab you abang Irfan nak batalkan rancangan ni. Perempuan kampung tak sedar diri!” Satu penampar hampir dilayang pada wajah Reina namun ada tangan lain yang menghalang perbuatan Tamara itu. “Sakit lah. Lepas lah.” Tamara menjerit kesakitan di saat tangannya digenggam kuat oleh Qalish.

“S-saya tertinggal barang kat dalam kereta.” Reina berbisik perlahan. Gadis itu masih terkejut dengan tindakan Tamara tadi. Masakan lemak ikan keli yang dimasak olehnya sememangnya tertinggal di dalam kereta tetapi sebenarnya Reina saja mahu mencari alasan untuk keluar dari pertengkaran itu. Tidak dia sangka pertemuan yang gembira itu disudahi air mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience