BAB 5

Family Completed 4114

Raudhah ! Keluar!

Raudhah membuka pintu. Kelihatan ayah sudah berdiri di hadapan bilik Raudhah. Ayah sungguh kusut.

“Ayah nak duit. Ibu kau dah tiada duit.”

“Raudhah tiada duit ayah. Raudhah dah guna untuk belanja masuk universiti nanti. ‘Pang!’

“Ayah!” Raudhah mengerang kesakitan. Itu kali pertama ayah menamparnya. Ibu yang tidak dapat berbuat apa, semakin lemah melihat Raudhah diperlakukan sebegitu.

“Lain kali kalau aku nak duit, bagi. Jangan membantah! Kau tak payah masuk Universiti. Aku nak kau kahwin dengan anak kawan aku. Muktamad.“ Ayah menengking.

Hati Raudhah berang. Hatinya semakin membenci!

“Raudhah dapat tawaran universiti. Raudhah nak masuk universiti!” Raudhah menduga ayah. Ayah yang baru sahaja mahu masuk ke bilik memandang Raudhah dengan muka yang sangat menakutkan. Ayah semakin berang. Ayah mencekik Raudhah.

“Ayah, sakit! Lepaskan Raudhah !” Raudhah mengerang kesakitan. Tenaga ayahnya melebihinya tenaga wanitanya. Ibu Leha cuba meleraikan, namun ayah telah menolaknya hingga terjelopok ke lantai.

“Kau jangan berangan nak sambung belajar!” Ayah semakin berang.

“Ayah hanya tahu judi, arak, semua haram!” Raudhah melawan.

“Kau jangan nak ajar aku! Kau bukan anak aku. Kau anak pungut!” Ayah melemparkan Raudhah, lalu beredar. Membiarkan Raudhah kesakitan.

“Ya Allah.. apa ayah cakapkan ni? Ayah tipu!” Air matanya mengalir. Tidak sangka ayah tidak menganggapnya sebagai anaknya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience