BAB 6

Family Completed 4114

“Ibu kau tak pernah cerita? Kau hanya anak pungut!

“ Ayah terus beredar ke bilik.

“Ibu.” Ibu Leha masih kaku. Tidak sedarkan diri. Darah!

Sudah satu jam Raudhah dan Pak Mail menunggu di hadapan bilik rawatan. Hospital Kangar. Pak Mail membawa Ibu ke hospital kerana keadaannya agak kritikal. Tidak boleh rawat di klinik.

“Pak Mail, lama lagi ke?” Raudhah semakin risau. Tidak mahu apa-apa berlaku pada Ibu.

“Pak Mail pun tak tahu Raudhah. Banyakkan berdoa ye. Dah call abang Mizan?” Pak Mail menenangkan anak saudaranya itu.

“Sudah, Raudhah dah call, sms sekali.” Tidak tentu arah Raudhah dibuatnya. Tidak lama selepas itu. Doktor yang merawat Ibu Leha keluar dari bilik rawatan.

“Doktor, macam mana dengan Ibu saya?”

“Maaf, adik ni anaknya?” Doktor yang agak berumur itu agak keberatan ingin memberitahu.

“Ibu adik menghidap kanser rahim. Tahap empat.”

“Ibu ! Ya Allah!” Raudhah terduduk. Tidak menyangka. Selama ini Ibu merahsiakan daripadanya.

“Sabar ye. Kami dah cuba sebaik mungkin. Tapi tiada jalan lain. Banyakkan berdoa dan kuatkan semangat.” Doktor itu menenangkan.

“Terima kasih doktor.” Segera Raudhah menaip mesej kepada Abang Mizan akan musibah tersebut. Sudahlah semalam kebenaran tentang dia bukan anak kandung Ibu telah terbongkar, ditambah dengan berita penyakit Ibu. Ya Allah, kuatkan aku. Raudhah berdoa. Hatinya sedang berbisik dengan Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Allah sebaik-baik perancang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience