BAB 2

Family Completed 4114

“Kau anak yang baik Raudhah. Ibu minta maaf sebab Ibu tak pernah ceritakan.” Bisik Ibu Leha dalam hati. Air mata bergenang, segera ditepisnya sebelum anak gadis itu menyedarinya.

Sudah sebulan Raudhah bercuti selepas selesai menduduki SPM. Raudhah tidak sia-siakan peluang cutinya. Raudhah seorang yang bijak dalam pelajaran.

Allah kurniakan padanya kebijaksanaan walaupun pada zahirnya dia miskin harta. Raudhah dapat gunakan nikmat Allah itu dengan sebaiknya. Ibu Leha pernah berpesan pada anak-anaknya ketika halaqah bersama, tentang konsep rezeki.

“Rezeki hanya terletak dalam kekuasaan Allah.

“Firman Allah SWT bermaksud : Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Katakanlah :

“Allah”. Dan sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik),pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.”

“Ibu tahu anak Ibu pasti sedih berada di dalam ujian begini, namun kita sebagai hamba jangan pernah sekali menyesali akan ketentuanNya.“ Raudhah sendiri kagum dengan kecekalan Ibu nya.

“Raudhah ….. Ibu …Ibu ada sesuatu nak beritahu Raudhah.” Ibu Leha tersekat-sekat untuk meneruskan kata-katanya. Takut ia mengguriskan hati gadis itu.

“Beritahulah. Ada apa Ibu?”

“Ibu, abang nak minta tolong masak boleh? Abang lapar.” Tiba-tiba Mizan datang entah dari mana. Ibu Leha Mizan tidak membenarkannya untuk terus terang dengan Raudhah lagi. Belum tiba masanya lagi. Dia akur.

“Buka pintu! Buka pintu!” Ayah mabuk.

Ibu Leha dan Raudhah terkejut. Mereka berada di dapur sedang menyiapkan nasi lemak untuk dijual esok. Ibu berlari mendapatkan ayah.

“Pap!” Ibu terjelopok ke lantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience