BAB 1

Family Completed 4114

5.54 pagi.

Azan subuh berkumandang, bunyi cengkerik masih kedengaran dan nun di angksa sana bulan sebentar lagi akan mengucapkan selamat tinggal pada sekalian manusia yang masih diulit mimpi.

Kedinginan pagi bersama embun yang menitis mencengkam tubuh hingga ke lapisan tulang. Ibu Leha bangun awal seperti biasa. Suami yang lena berselubung dikejutkan namun tubuh suaminya itu tidak bergerak, enggan memberi respon.

Dia melepaskan keluhan, bingung memikirkan suaminya yang sering saja culas dalam mengerjakan suruhan Allah. Lalu, dia menuruni enam anak tangga menuju ke bilik anak bujangannya Mizan. Mizan.

Tanpa berlengah, segera ke tandas, berwuduk untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Selesai tahajud, azan berkumandang. Baru sahaja ingin mengangkat takbir, teriakan tangisan bayi memenuhi suasana yang sepi tadi.

UWAAA! UWAAAA!

“ Ya Allah, dari mana pula datangnya suara bayi ini di subuh hari?” Segera Ibu Leha menuju ke pintu kerana arahnya dating dari luar rumah.

“MasyaAllah, anak siapa ni? Siapa yang buang kamu ye si kecil?” Ibu Leha terus membawa masuk ke dalam. Bayi itu nampak kesejukan. Kasihan.

“Ibu ?” Raudhatul Syifa menepuk bahu Ibu nya. Ibu Leha terkejut. Leka mengenangkan kisah 18 tahun lepas.

“Jauh ibu termenung? Teringat apa tu ibu” tanyanya hairan dengan sikap ibunya.

“Tak ada apa-apa sayang. Dah siap bahan-bahan nak masak?” segera diubah topik. Takut anak gadisnya bertanya lagi. Pasti perasaan serba salah hadir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience