BAB 9

Family Completed 4114

“Sabar ye Ibu, kita doakan semoga ayah ditempatkan pada tempat yang terbaik di sisiNya.” Raudhah menahan sebak di dada tatkala Ibu masih teresak-esak dalam pelukannya sewaktu tersedar.

“sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (di hari kiamat).

Riwayat Muslim

Tarikh kemasukan universiti semakin hadir. Tinggal dua minggu sahaja lagi. Raudhah pula tidak mampu membuat keputusan memandangkan Ibu nya dalam keadaan tenat. Ibu semakin kurus. Makan tidak lalu, dan lemah.

“Raudhah, kalau Ibu dah tak ada, Raudhah belajar betul-betul. Abang Mizan masih ada untuk jaga Raudhah.

“Ibu, janganlah cakap macam tu. Ibu nak tinggalkan Raudhah ?” Raudhah memeluk Ibu yang hanya terbaring.

“Raudhah janji akan belajar sungguh. Sayang Ibu.” Sambil mencium pipi Ibu.

Hari ini genap empat bulan Ibu pergi meninggalkan Raudhah. Ibu tercinta telah menghadap Illahi lima hari sebelum Raudhah melaporkan diri di universiti.

Kesihatan ibunya jatuh menrundum dan sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Pilu dan hiba menghuni segenap hati dek kehilangan insan yang paling dicintainya, sungguhpun dia bukan lahir dari Rahim wanita itu namun Ibu Leha adalah ibunya dunia akhirat dan cintanya itu adalah kasih dari seorang anak kepada ibu.

Bersama airmata rindu yang tak pernah surut dia menitip doa moga wanita murni itu ditempatkan di taman kasih Allah SWT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience