BAB 3

Family Completed 4114

“Aku ketuk pintu dari tadi! Kenapa lambat?! Ayah menengking Ibu. Raudhah tidak mampu berbuat apa. Ibu sudah pesan jangan keluar apabila amukan ayah menjadi. Ayah semakin melampau. Ayah kejam! Hatinya semakin membenci. Dia segera mendapatkan Ibu nya.

“Kau pun nak kena macam Ibu kau?! Kau tahu kau tu siapa?!”

“Abang!” Ibu Leha menjerit.

“Raudhah siapa ayah? beritahu Raudhah ! Raudhah ni siapa?” Ibu segera menarik tangan Raudhah masuk ke bilik. Raudhah terkedu. Dalam kepalanya, timbul pelbagai persoalan. Apa sebenarnya Ibu, ayah dan abang Mizan rahsiakan? Ibu menangis.

Malam itu, Raudhah tidur bersama Ibu. Dan dia mengambil langkah untuk tidak bertanyakan soal tadi. Raudhah akan tunggu waktu yang sesuai.

“Mungkinkah aku bukan anak kandung Ibu ?

“ persoalan tersebut timbul. Namun dilemparkan prasangka buruk tersebut.

Raudhah berlari mendapatkan Ibu di dapur. Surat tawaran di tangannya digenggam erat. Tidak sabar mahu membuat kejutan pada Ibu. Tertera lambang Universiti Malaya. Sampai di pintu rumah, Raudhah mematikan langkah.

“Tidak mungkin. Mustahil aku dapat menyambung pelajaranku.” Raudhah hampa.

Malam itu, selesai solat isyak, berhalaqah bersama Ibu. Halaqahlah tempat pertemuan kasih sayang mereka, berkongsi suka duka. Ditemani abang Mizan.

“Ibu, Raudhah nak tanya boleh?”

“Apa sayang?” Ibu Leha mengusap kepala Raudhah.

“Kalau Raudhah dapat sambung belajar, Ibu benarkan?” hatinya berharap.

Wajah Ibu masam. Kemudian senyum kembali. Raudhah tidak mampu menafsirkan apa makna senyuman itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience