BAB 4

Family Completed 4114

“Ibu benarkan sayang. Kenapa pula tak boleh?“ Ibu Leha mencium pipi yang mulus itu. Cantik.

“Baguslah, Raudhah best student, result pun ok, jangan sia-siakan ye.” Abang Mizan menyokong. Namun, dia memerhatikan wajah Ibu. Pasti ada yang dipendamkannya.

Raudhah lega, namun hatinya masih ragu-ragu untuk menerima tawaran tersebut. Antara keluarga dan cita-cita. Patutkah dia meninggalkan Ibu melalui hidup berseorangan dengan keadaan ayah sebegitu.

Abang Mizan sibuk dengan kerjanya. Mujur Abang Mizan kini dinaikkan pangkat. Boleh menyara Ibu sepenuhnya. Tidak perlu Ibu bersusah payah membanting tulang menjual setiap hari.

Malam itu, Raudhah merenung surat tawaran tersebut. Dia memikirkan apa baik buruknya. Hatinya gembira, namun hatinya juga sedih. Tidak mahu susahkan Ibu. Kalau dia masuk universiti, siapa lagi mahu bantu.

“Uhuk! Uhuk!” kedengaran Ibu terbatuk-batuk di dapur. Dia bingkas bangun, dilihatnya Ibu sedang di dapur.

“Ibu, sakit ye?” Ibu Leha terkejut dan segera menyembunyikan ubat-ubatannya.

“Eh, Raudhah tak tidur lagi? Ibu ambil air, haus.” Ibu Leha segera naik ke atas, diikuti juga dengan Raudhah.

“wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, melakukan korban untuk berhala daan menengok nasib dengan menggunakan anak panah adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan, maka tinggalkanlah ia semoga kamu Berjaya.

Dum! Dum! Dum ! Raudhah ! Raudhah !

Ayah sudah mengamuk di luar tapi Raudhah buat-buat tidak dengar. Raudhah takut. Apa yang ayah mahu lakukan. Pasti mabuk lagi. Ibu Leha juga turut terkejut. Malangnya Abang Mizan tidak ada malam tersebut. Pasti terjadi sewaktu Abang Mizan tiada di rumah untuk kursus beberapa hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience