BAB 8

Family Completed 4115

“Abang, Ibu jatuh pengsan malam tu. Malam abang kursus. Hanya kami berdua di rumah. Ayah mengamuk.” Raudhah menangis. Terkenangkan wajah menyinga ayah.

“Astaghfirullah. Abang minta maaf. Abang janji tak akan biarkan Raudhah dan Ibu sendirian. Abang tak tahu ayah sampai ke tahap itu.” Kelihatan wajah Abang Mizan serba salah.

“Tak mengapa abang. Raudhah dah maafkan ayah. Memang patut ayah tidak ada sayang langsung pada Raudhah. Raudhah bukan dari benihnya.” Jiwanya sebak. Berderai air mata. Kini dia tidak tahu siapakah yang melahirkannya, mengapa dia dibuang. Namun, sekarang dia bersyukur, ada Ibu dan abang Mizan.

“Kau pulangkan duit aku, kalau tak aku bunuh kau!” Dany mengugut ayah.

“Aku tak ada duit lagi. Bagilah aku sebulan lagi. Aku bayar.”

“Aku dah bagi dua bulan pada kau, kau ingat aku main-main. Cepat!” Dany mengarahkan anak buahnya ‘menyelesaikan’ ayah. Ayah tidak dapat berbuat apa-apa. Waktu itu, barulah ayah teringatkan pada isterinya Ibu Leha, Raudhah dan Mizan. Rasa kesalnya hadir sekelip mata. Dia rasa berdosa kerana tidak menjadi suami yang baik. Ayah yang baik. Pandangannya gelap.

Orang kampung heboh dengan berita penemuan mayat ayah. Ayah dijumpai mati di tepi sungai, badannya separuh terbakar. Namun orang kampung masih lagi boleh mengenalpasti mayat tersebut adalah ayah.

Sewaktu Raudhah dan Ibu pulang dari hospital bersama abang Mizan, Pak Cik Ibrahim datang memaklumkan tentang berita tersebut. Sebaik sahaja Ibu mendengar berita tersebut, Ibu lemah dan pengsan. Ibarat satu bebanan besar menghempap Ibu.

Walaupun ayah selalu mendera, memukul Ibu, Ibu tetap setia hingga hujung nafas. Cinta Ibu pada ayah tetap mekar, bukti kesetiaan seorang isteri pada suaminya.

“Pak Berahim, biar saya pergi. Raudhah temankan Ibu ye.” Abang Mizan beredar diikuti Pak Cik Ibrahim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience