BAB 5

Horror & Thriller Completed 1247

Salman buka matanya sedikit. Kanak-kanak tempoh hari. Tapi fizikal kanak-kanak itu berubah sedikit demi sedikit sama seperti perempuan tadi.

Dia nampak susuk tubuh yang terlalu kurus kering sehingga menampakkan tulang rangka. Sama seperti kakaknya, tubuh kanak-kanak itu hanya nampak isi sahaja.

“Hai abang. Kita jumpa lagi…” suara kanak-kanak tadi bertukar garau. Dia nampak tangan kanak-kanak itu yang hanya tinggal tulang temulang. Kanak-kank itu berusaha untuk mencuit hidungnya. Mak… tolong mak! Salman jerit dalam hati.

Salman cuba menjerit lagi tapi suaranya seakan tersekat di kerongkong. Terasa pasir memenuhi tekaknya sakit dan pedih. Kakinya juga terasa berat. Peluh mula mengalir ibarat air hujan.

Jantungnya juga berkerja terlebih keras. Salman seakan terdengar degup jantunga sendiri. Dia cuba bertenang.

Dia cuba membaca surah-surah dan ayat Al-Quran yang dia tahu tapi otaknya tiba-tiba kosong.

‘Ya Allah bantu hambamu Ya Allah…’ Salman berdoa dalam hati.

“Kau tak akan dapat lari dari sini… kau milik aku!” perempuan tadi mendekati Salman. Bau hanyir mula menusuk hidungnya. Tangan perempuan itu mencengkam pipinya.

Perempuan itu menggeselkan pipinya ke pipi Salman. Dia terasa pipinya lembab.

Dia jeling pipinya dan lihat lihat ada sisa-sisa kulit. Matanya membulat. Ngeri dan jijik. Salman cuba menjerit lagi namun gagal.

“Yea... yea adik ada kawan baru…”

Salman berusaha bersunggu-sungguh untuk melarikan diri. Tapi makin kuat dia berusaha makin sakit kakinya. Seluruh tubunya juga terasa kesakitan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience