BAB 7

Horror & Thriller Completed 1247

“Arrghh!!!” jeritan perempuan itu dan adiknya bertambah nyaring. Salman menutup telinganya yang terasa sakit.

Lif bergegar semakin kuat. Salman bergerak menuju ke depan lif. Dia menekan butang lif tapi tak berfungsi. Dia meneruskan bacaannnya dan berdoa agar dapat lepas keluar dari situ.

Salman cuba membuka lif dengan tanggannya namun gagal. Dia masih lagi meneruskan bacaannya.

Dia tahu kalau da berhenti bermakna memberi peluang kepada perempuan itu untuk menyakitinya. Salman berusaha lagi sehingga dia rasa penat sangat. Tenaganya sudah berkuarangan. Entah berapa lama dia di situ dia sendiri pun tak tahu.

Bacaannya juga mula mengendur dan perlahan. Akhirnya dia jatuh terduduk di hadapan lif. Perempuan itu sudah dapat kekuatan kembali bila suara Salman mula tenggelam timbul.

Salman nampak perempuan itu berdiri dan menghampirinya. Terlihat seringai perempuan itu tanda kemenangan. Salman pasrah andai ajalnya sudah tiba. Dia sedaya upaya membaca dua kalimah syahadah.

Mak! Ayah! Ampunkan anakmu ini. Salman menutup mata.

Ting!! Pintu lif terbuka. Sebaik sahaja terbuka kepala Salman jatuh ke atas lantai. Beberapa kelihatan Bahar, Khalid dan juga beberapa orang penghuni rumah flet menunggu di depan lif.

Mereka beramai-ramai mambaca ayat-ayat suci Al-Quran sejak lepas maghrib tadi.

“Heret dia cepat…” Arah Bahar sambil menarik badan Salman keluar dari lif dibantu oleh Khalid.

Dia terlihat Salman di tarik masuk oleh entity yang amat menggerikan. Cepat-cepat dia maklukan perkara itu kepada Bahar dan panggil beberapa jiran lelaki untuk membantu mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience