BAB 6

Horror & Thriller Completed 1247

Setiap inci tubuhnya yang disentuh perempuan tadi seakan di tusuk sembilu. Pedih dan sakit.

“Allah… Allah…” akhirnya Salman berjaya menyebut kalimat Allah.

“Tak guna!” perempuan itu menampar Salman. Hampir terteleng dia dibuatnya. Terasa pipinya pedih.

Dia nampak kuku tangan peremuan itu penuh dengan darah. Mungkin pipinya sudah luka kerana terkena kuku. Sakitnya hanya Allah yang tahu.

“Allah… Allahuakbar!” Salman bersuara sekuat hatinya. Menyebut nama Allah membuatkan makhluk tadi kepanasan.

“Akak… adik panas kak…” kanak-kanak tadi menunduk dan menutup telinganya.

“Kau memang jantan tak guna! Kau dah buat adik aku sakit!”

Pang!! Satu tamparan hinggap lagi di pipi Salman. Kali ini lebih kuat dari tadi hingga Salman memuntahkan darah. Perempuan itu mengangkat jari telunjuknya ke arah Salman.

Badan Salman bergerak sendiri ke belakang hingga akhirnya melekat ke dinding lif. Perempuan tadi kelihatan sangat marah. Matanya bertukar merah menyala.

“Aku memang pantang kalau orang buat adik aku nangis!” perempuan itu mendekat ke arah Salman.

“Allahhuakbar! Allahuakbar!” jerit Salman. Hanya itu yang mampu keluar dari mulutnya. Secara tiba-tiba mulutnya lancar membaca ayat kursi. Dia membaca sekuat-kuatnya beruang-ulang kali.

“Arrghh!!!” perempuan itu dan adiknya sama-sama menjerit sambil menutup telinga. Terasa seakan lif bergoncang kuat.

Salman meneruskan bacaannya. Sebelah kakinya sudah boleh digerakkan. Badannya juga sudah tak melekat lagi. Perlahan dia menggerakkan sebelah lagi kakinya sambil tak putus-putus membaca ayat kursi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience