BAB 8

Horror & Thriller Completed 1247

Selepas hampir empat jam berhempas pulas dan berusaha untuk membuka lif barulah lif terbuka sendiri.

Di hadapan mereka kelihatan Salman rebah di kaki mereka. Tubuh Salman longlai dan tidak bermaya, hidung dan kepalanya berdarah.

“Renjis air Yassin ini ke ubun-ubun dan muka Salman, minumkan dia juga sedikit.’’.”

“Tapi dia pengsan ni,” ujar Khalid sedikit cemas.

“Tak mengapa, mari kita angkat dia ke rumah kita terlebih dahulu…”

Salman membuka mata. Keadaan sangat terang dan terdengar bunyi suara orang sedang berbual-bual.

Sakit-sakit badannya dia rasakan. Dia pandang sekeliling. Itu rumah sewanya. Dia perhatikan orang-orang yang sedang ralit berbual. Mereka semua berhenti berbual dan memandangnya dengan penuh simpati.

“Alhamdulillah kau dah sedar…” Bahar memanjatkan kata syukur.

“Aku ingin tahu siapa lelaki dan perempuan itu? Kenapa mereka sering menggangguku?…” soal Salman bagai baru terjaga dari lena yang panjang dan menakutkan. Dia ingat satu persatu yang terjadi padanya.

“Mereka berdua adalah Qaseh dengan Qhaesh pasangan adik beradik yang tinggal di tingkat atas bersama ibu dan ayah tiri mereka. Ayah tiri mereka seorang penagih dadah dan kaki pukul. Saban hari ada saja alasannya untuk membalun dua beradik ini. Nak dijadikan cerita pada suatu hari, Qaseh bawak Qhaesh lari tapi malangnya rancangan mereka berjaya dihidu oleh ayah tiri mereka dan berjaya kejar mereka ketika mereka berada dalam lif. Dek kerana berang, ayah tiri mereka belasah dan sepak mereka sampai kepala mereka dihantukkan ke dinding lif. Tak cukup dengan itu, ditendangnya perut Qhaesh hingga keluar darah mulut budak tu manakala kepala Qaseh dipijak sekuat hati hingga kedua beradik itu mati di tempat kejadian. Ayah tiri mereka bagai dirasuk syaitan dan hilang pertimbangan.’’ Ujar Khalid yang masih merasa terkilan setiap kali teringat peristiwa berdarah itu.

“Dah nak sedekad dah peristiwa tu berlaku dan semenjak hari itu ramai yang tak nak lif hujung tu sebab selalu saja diganggu oleh roh jahat yang dipercayai Qaseh dan Qhaesh. Selalunya mangsa yang disampuk mesti orang yang baru berpindah ke sini,’’ jelas Bahar pula.

Barulah kini Salman mengerti dan terungkailah segala persoalan yang membelenggunya selama ini.

Alhamdulillah Salman mampu pulih dari peristiwa itu. dia berjanji tidak akan termakan lagi pujukan dan godaan dua beradik itu.

Pernah beberapa kali dia terserempak dengan kelibat dua beradik itu yang tersenyum dan mengajaknya menaiki lif hujung itu namun dia segera menundukkan pandangan dan seringkali dia buat tak endah sahaja.

Tipulah kalau dia tak tertawan dengan senyuman menggoda Qaseh yang rupawan tapi apakan daya, dia dan Qaseh berada di dua dunia yang berbeza dan mana mungkin menyatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience