BAB 1

Horror & Thriller Completed 1247

“Ingat pesan kami, simpan kat kepala otak kau tu. Walau apa jadi kau kena elakkan dari naik lif kat sebelah hujung tu, guna yang depan ni je, Faham?’’ Bahar memberi pesanan berupa amaran.

Entah berapa kali sudah dia menitip pesan dan entah berapa kali Khalid mengiyakan dengan anggukan tanda faham.

“Dari tadi kitorang angguk tapi aku tak tanya pun kenapa, tapi kenapa tak boleh naik? Kan senang boleh naik mana-mana pun lagipun kan lambat kalau harap satu lif sahaja?’’ tanya Salman.

“Aku bukan nak takutkan korang tapi kalau korang sayang nyawa baiklah ikut cakap aku ni. Kau banyak tanya ni nak sewa ke tak, cakap cepat.’’ Ujar Khalid sedikit tegas.

“Baiklah, ish tanya pun tak boleh…”Akur Salman. Dah tu kalau dia tak sewa mana lagi dia nak tinggal takkan nak hidup melarat?

Sewa bilik dah murah bahkan paling murah setakat ni di kota yang serba serbi menuntut fulus lebih.

Suka atau tidak terpaksalah dia membiasakan diri dan pandai membawa diri hidup di rantau. Bak pesan orang dulu kala, ‘Masuk ke dalam kandang kambing mengembek, masuk ke dalam kandang kerbau menguak.’ Berbalik soal lif, barangkali ada sesuatu yang angker pada lif itu agaknya.

Tapi kenapa kita harus takut pada makhluk lain selain daripada Allah? Hurmmm…

Sepanjang tempoh sebulan Salman menyewa di tempat baru, dia akur dan patuh saja pada pesanan dan peraturan rumah yang ditetapkan oleh rakan serumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience