BAB 4

Horror & Thriller Completed 1247

Lif terbuka. Salman dapati lif itu kosong. Mana pula adik perempuan tu. Baru Salman terinagt akan pesanan Khalid minggu lepas. Jangan ikut sesiapa pun naik lif ni walaupun di ajak perempuan cantik.

Salman cuba menarik tanggannya tapi gagal. Badannya jugak tak mahu bekerjasama walaupun otak sibuk menegah namun kaki tetap melangkah. Peluh mula membasahi dahinya.

Akhirnya kaki sudah pun melangkah masuk ke dalam lif. Dadanya berdegup kencang. Siapa perempuan ni. Kenapa dia seakan di pukau. Persolan yang timbul terbiar tanpa jawapan.

Pintu lif tertutup. Dia nampak Khalid sedang melambainya dengan muka cemas. Perempuan itu senyum sinis. Terdengar bunyi ketawa yang sangat pelik.

“Kau siapa… apa kau nak dari aku?” tanya Salman. Dia takut tapi cuba beranikan diri untuk bertanya.

“Saya sunyi tak ada teman…” jawab perempuan itu diiringi hilaian ketawa yang meyeramkan. Perempuan itu menoleh. Salman terkejut. Lampu lif tiba-tiba berkelip-kelip.

Tiada lagi rupa yang cantik melainkan wajah yang betul-betul mengerikan. Kulit yang halus dan putih tadi bertukar menjadi berkedut-kedut dan kemerahan.

Mata yang cantik dan memukau tadi hampir terkeluar dari soketnya sebelah. Sebelah lagi masih elok.

Gigi yang cantik dan putih bersih bertukar menjadi kehitaman. Sedikit demi sedikit susuk tubuh tadi bertukar menjadi makhluk yang paling mengerikan. Sebelah muka perempuan itu kelihatan hancur.

Salman menutup matanya. Takut melihat wajah seram itu. Dia mula menggigil. Apa pulak yang makhluk ni mahukan dari dia.

“Kita ada kawan baru ke kak…” satu suara muncul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience