BAB 3

Horror & Thriller Completed 1247

Salman angguk mengiyakan tebakan Khalid, lekas-lekas dia membaca ayat Kursi bagi menghilangkan rasa takut dalam dirinya ketika ini.

“Sudah, mari kita naik lif yang satu tu. Aku dah pesan banyak kali dan aku harap kau faham. Apa jadi sekalipun walau kau jumpa awek cun macam Fazura yang ajak kau naik lif ni, jangan sama sekali ikut faham tak!’’ Lidah Salman kelu untuk berbicara meski pelbagai persoalan berlegar di kepalanya saat ini.

Ada apa dengan Lif itu sampai beria sangat dia ditegah dari menaiki lif itu. Namun dia tidak berani bertanyakan soalan itu pada Khalid sementelah pula dia merasa ini bukanlah saat yang tepat untuk bertanyakan soalan.

Semenjak insiden itu, Salman lebih berhati-hati untuk tidak bertegur sapa dengan sesiapa yang berdekatan dengan lif. Bahkan dia sanggup parking motor sejauh mungkin demi mengelak dari menaiki atau berdekatan dengan lif angker itu.

“Tolong! Abang tolong… adik saya sensorang terperangkap dalam lif tu.” Ujar seorang gadis berkebaya nyoya rona putih merintih meminta pertolongan daripada Salman.

“Lif mana?” tanya Salman. Siapa pula perempuan berkebaya putih di senja hari ini. Barangkali jiran tetangga yang baru berpindah di sini agaknya.

“Lif yang hujung tu bang. Tolonglah bang… kesian adik saya. Tak ada siapa nak tolong saya ni.” perempuan itu terus merayu-rayu. Salman jadi serba salah. Tak di tolong kesian pulak. Tapi lif yang dimaksudkan lif berhantu tu. Kesian pulak melihat perempuan ni merayu-rayu. Cantik pulak tu.

“Tolonglah bang… kesian adik saya.” Rayu perempuan itu lagi diiringi dengan air mata. Salman jadi simpati. Dia mengangguk. Perempuan itu tersenyum dan menarik tangan Salman.

“Salman … Salman …” terdengar namanya di panggil tapi dia tak dapat nak menoleh. Pandangannya terarah ke depan. Tangannya seakan di gam oleh perempuan tadi. Senyuman manis perempuan itu membuatkan dia khayal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience