BAB 2

Horror & Thriller Completed 1247

Ikutkan hati mahu saja dia melanggar amaran yang diberikan nak-nak lagi bila lepas balik kerja, ada masanya perut memulas dan dia letih menunggu lif yang satu lagi untuk turun, mahu saja dia menaiki lif yang paling hujung namun bila bicara soal mati, perutnya kecut semula.

Siapa nak mati kan? Lebih-lebih lagi dia baru mahu hidup sendiri, perjalanan masih panjang.

“Eh adik naik naik lif ni ke?” tanya Salman pada seorang kanak-kanak yang mahu meluru masuk ke dalam lif pada suatu maghrib.

“Ha’ah kenapa? Ada masalah ke naik lif ni? ABang pun takut macam dorang yang lain ke? Apalah abang ni, badan je besar tapi otak kecil, penakut semuanya.’’ Jawab kanak-kanak itu selamba.

‘’Marilah naik bersama saya,’’ ajak kanak-kanak itu lagi sambil menghulur tangan kepada Salman. Salman berasa aneh, dia menatap wajah kanak-kanak itu dengan satu pandangan pelik, belum pernah dia melihat kanak-kanak itu lagi.

Tiba-tiba bulu romanya merinding. Dia tidak mahu naik lif hujung itu apalagi bila saban waktu dia ditegah keras oleh rakan serumahnya untuk tidak menaiki lif itu namun huluran tangan kanak-kanak itu disambutnya tanpa sebarang halangan.

Laju saja kakinya melangkah masuk ke perut lif itu seolah-olah dia sedang dipukau.

“Woi Salman! Kau cakap dengan siapa tu gila?…” Sapaan Khalid itu menyedarkan Salman yang tadinya bagai berada di dunia lain.

“Ohh ni ha ada adik…ni.” Salman menunjukkan kanak-kanak di hadapannya. Tapi dia menyedari tiada kelibat sesiapa di hadapannya.

Bulu tengkuknya berdiri.. Baru sebentar tadi dia bercakap dengan seorang kanak-kanak di situ tapi sekarang kelibat itu sudah lesap. Apa benar ada kanak-kanak di hadapannya tadi atau sekadar imaginasinya sahaja?

“Kau hati-hati dan berpada sikit tegur orang, nak-nak lagi di waktu Maghrib ni. kadang kita tak yang kita tegur tu manusia ke jembalang. Sudah kau baca apa yang patut hilangkan rasa takut kau tu. Dah pucat dah aku tengok kau tu,’’saran Khalid pada Salman yang tercengang dan terpinga-pinga di hadapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience