Bab 3

Short Story Completed 1941

HARI KEDUA... Elia berniat lagi hendak melihat Fairuz. Dia berniat mahu pergi ke kantin lagi bersama Shira, untuk mengintai Fairuz. Sebenarnya, Shira tak tahu niat sebenar Elia ke kantin. Sesampainya di kantin, macam biasa, Elia akan duduk di meja makan kantin sambil menunggu Shira membeli makanan. Tiba - tiba, orang yang ditunggu sudah tiba. Kelihatan Fairuz sedang berjalan ke arah kaunter kantin. Tingkah laku Fairuz hanya diperhati Elia dengan teliti. " Hik... Hik... Hik... Abang kantin ni lawak betul lah. Patutkah terbagi duit 10 ringgit kat kite?! Duit kite 50 ringgit lah!," kata Hana, pelajar 5 Bestari yang turut membeli makanan di kantin bersama rakan - rakannya. Bunyi ketawa Hana bergemeresik sehingga semua orang yang ada di kantin itu memandang ke arahnya, termasuk Fairuz. Fairuz kelihatan tersenyum - senyum pada Hana. Lama Fairuz merenung wajah Hana dari jauh, sehingga Elia berasa kecewa dan cemburu. Tak lama kemudian, Shira datang bersama makanan yang dibelinya. " Elia, hari ni kita makan kat ataslah. Aku malas lah makan kat kantin lagi," kata Shira, sambil terus menarik tangan Elia. Elia hanya menurut. Dia hanya menunduk kecewa sepanjang perjalanan ke kelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience