Bab 2

Short Story Completed 1941

HARI PERTAMA... Elia berniat hendak melihat Fairuz depan - depan. Tiba - tiba, satu idea berlegar di mindanya. " Shira, jom teman aku makan kat kantin. Perut aku berkeroncong lah," tipu Elia. Dia sebenarnya bukan hendak makan sangat pun, cuma dia hendak 'mengintai' Fairuz. " Orait Elia, jom," balas Shira. Mereka pun pergi ke kantin sekolah. Sesampainya di kantin sekolah, Elia terus mengambil tempat duduk di kantin, sementara Shira membeli makanan di kaunter kantin. Elia tercongak - congak, melingas ke kiri dan ke kanan mencari Fairuz. Tiba - tiba, dia terlihat lelaki yang seperti di majalah sedang masuk ke ruangan kantin. Fairuz kelihatan segak dengan baju sekolahnya yang berlengan panjang, yang disingsing sedikit lengan bajunya. Fairuz pergi ke kantin bersama kawan - kawannya. " Wah, Fairuz ni dahlah hensem. Kuat sosial pula tu...," kata Elia yang terus terkhayal melihat Fairuz yang membeli makanan di kantin. Elia yang sedang berkhayal itu tidak sedar bahawa Shira sudah semakin menghampirinya. " Hoi makcik! Khayal apa tu," sergah Shira. Elia cepat - cepat menoleh ke arah Shira. "Eh Shira... Takda apa - apalah Shira. Ooo kau dah bawakkan makanan ye? Ok jom kita makan," kata Elia. Fairuz sudahpun berlalu pergi. Sepanjang Elia dan Shira menikmati makanan, Elia hanya berkhayal sambil tersenyum - senyum sendiri memikirkan Fairuz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience