Bab 9

Short Story Completed 1941

Kini, keputusan SPM Elia sudah mahu diumumkan. Elia berdebar - debar hendak mengetahui keputusannya. Elia sedang menunggu keluaran keputusan SPM di dewan sekolah bersama rakan - rakannya. Tiba - tiba, Elia mendapat khabar bahawa Menteri Pelajaran Malaysia akan datang ke sekolah itu bersama para wartawan. " Kita dikhabarkan ada seorang pelajar sekolah ini yang mendapat keputusan yang begitu cemerlang, yang keputusannya tidak boleh diatasi oleh mana - mana pelajar SPM sebelum ini pun," begitulah yang didengari Elia dan rakan - rakannya. Elia semakin teruja. Tak lama kemudian, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia datang ke sekolah itu bersama para wartawan. "Diumumkan, pelajar terbaik SPM SMK Angsana sekaligus merangkap pelajar terbaik seluruh Malaysia... Nia Elia binti Amran! Tahniah!!!," suara cikgu Hasliza yang menggunakan mikrofon bergema. Elia terkejut. Semua orang yang berada di dalam dewan itu berdiri sambil bertepuk tangan. "Elia, cepat! Nama kau dah kena panggil tu," kata Shira. Elia akur. Dia harus menerima bahawa nama yang dipanggil tadi adalah namanya. Semasa perjalanan naik ke pentas, berpuluh - puluh wartawan berebut - rebut hendak mengambil gambarnya dan ingin menemuramah Elia. Gambar Elia sudah masuk di kaca televisyen. Kini, 1 Malaysia heboh dengan berita pelajar cemerlang SPM yang bernama Nia Elia binti Amran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience