Bab 14

Short Story Completed 1941

Fairuz ternanti - nantikan Elia di Old Town White Coffee yang terletak di Damansara. Dia sudah berjanji untuk bertemu dengan Elia di situ. Fairuz melihat - lihat jam yang ada di pergelangan tangannya. " Mana Elia ni... Sayang, jangan buat I macam ni...," Fairuz berkata - kata sendiri. Tak lama kemudian, Elia datang. Elia datang dengan senyuman. Dia kelihatan amat cantik. " Sila duduk, Elia," jemput Fairuz. Elia menarik kerusi dan terus duduk. " Maafkan saya... Saya tak boleh lama - lama dengan awak kat sini...," pesan Elia awal -awal. " Saya sebenarnya nak cakap sesuatu dengan awak... Saya sukakan awak," luah Fairuz. Elia terkejut. Dia terus mematikan senyumannya. "Ya, saya sukakan awak!," kata Fairuz lagi, dengan wajah yang sungguh - sungguh. Dia terus memegang tangan Elia yang diletakkan di atas meja. Elia terus menarik tangannya. " Maafkan saya, Fairuz. Tolong move on," kata Elia, lalu bangun dari tempat duduknya. "Tapi, Elia!," panggil Fairuz. Namun Elia tidak menoleh. Fairuz terus mengejar, sementara Elia terus pergi. Tiba - tiba, Fairuz berhenti mengejar. Kelihatan Faris sedang menunggu Elia datang. Faris menghulurkan tangan, dan Elia menyambutnya. Mereka pun pergi dari tempat itu. Fairuz terduduk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience