Bab 4

Short Story Completed 1941

Sudah 2 hari Rizal perasan yang Elia asyik melihat Rizal, budak kelas 5 Amanah tu di kantin. Rizal perasan yang Elia memandang sayang Fairuz ketika lelaki itu membeli di kantin. Rizal berniat hendak memberitahu Fairuz tentang perasaan Elia terhadapnya. Tapi, Rizal perlukan bukti yang kukuh.Mana boleh saja - saja beritahu yang Elia memerhatinya di kantin! Tiba - tiba, Rizal mendapat satu idea. Dia mahu menyelongkar loker Elia yang terletak di kelas 3 Elit. Mana tahu ada terselit diari - diari cinta Elia di sana? Ketika semua pelajar sudah pulang, Rizal pergi ke kelas Elia. Dia pun mencari - cari loker Elia. " Hah, jumpa!," kata Rizal, separuh berbisik. Dia pun membuka loker Elia. Dia mencari kalau - kalau ada diari - diari cinta yang terselit di celah - celah buku dalam loker itu. Tiba - tiba, Rizal terlihat sebuah buku kecil yang berbalut kertas corak bunga. Dia pun mengambilnya, dan terus membukanya. Waw, di dalamnya penuh dengan kata - kata puitis dan romantis untuk Fairuz! Ni nak kena bagitahu Fairuz ni, tukas hati Rizal sambil tersenyum - senyum. Rizal berniat hendak memperlihatkan buku itu kepada Fairuz. Pasti Fairuz terkejut beruk, hi hi hi... Pintu loker Elia ditutup rapat, dan buku kecil itu terus dibawa keluar oleh Rizal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience