Bab 12

Short Story Completed 1941

Kini, berita bahawa Elia menjadi kekasih cucu kepada Perdana Menteri Malaysia tular di mana - mana. Media mengatakan bahawa Elia dan Tengku Faris sering berdua - duaan di tempat umum. Fairuz keliru. Dia cemburu berat. Adakah kekasih hatinya itu akan dirampas? Oh tidak...! Fairuz terus melihat berita paparan kaca televisyen. Rancangan Melodi di TV3 juga memuatkan berita tentang mereka. "Benarkah Eli dan Faris sedang menjalinkan hubungan percintaan sekarang ini?," tanya wartawan Melodi. Video mereka sedang dirakamkan bererti rancangan itu sedang bersiaran langsung. Elia kelihatan tersenyum dengan pertanyaan itu. Dia membiarkan Faris yang duduk di sebelahnya menjawab pertanyaan itu. " Yes, we are a couple now," jawab Tengku Faris. Fairuz yang melihat rancangan itu tergamam. Dia terus menutup televisyennya. "Ini tak boleh jadi... Ini tak boleh jadi... INI TAK BOLEH JADI!!!," jerit Fairuz, sambil meramas - ramas kuat rambutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience