Bab 6

Short Story Completed 1941

"Buku aku!!! Mana buku aku?!!!," Elia mencari - cari buku kecilnya di dalam loker. Puas dia mencari - cari buku itu, namun tidak ada tanda - tanda yang akan menunjukkan bahawa dia bakal menemukan buku itu. " Shira, kau nampak buku aku tak?!," tanya Elia, bersungguh - sungguh. " Tak nampak pun," kata Shira tanpa memandang wajah Elia. Dia sedang mengira menggunakan kalkulatornya. "Matilah aku! Kalau orang baca, macamana?," tanya Elia, penuh kerisauan. " No comment," balas Shira, selamba, sambil terus menyambung kerjanya. "Elia! ," Ada satu suara yang memanggil namanya.Elia menoleh. Ternyata Rizal yang memanggilnya. " Kenapa, Rizal?," tanya Elia. " Fairuz nak jumpa kau rehat ni," kata Rizal. Elia terkejut. " Hah, Fairuz? Fairuz nak jumpa aku?! Biar betul?," bisik hati Elia. Elia mula mengukir senyum. Terasa kegundahannya tentang buku itu beransur hilang. " Ha ok... Tapi kat mana?," tanya Elia. " Kat belakang bangunan lama sekolah," balas Rizal. Selepas itu, Rizal terus berlalu pergi. Elia tersenyum - senyum sendiri, kemudian terus duduk di tempat duduknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience