BAB 6

Horror & Thriller Completed 5381

Duduk di apartment memang meriah sebab dapat kumpul dengan kawan-kawan sekali sekala pada waktu malam. Bukan jauh pun, di hujung apartment blok rumah aku juga.

Malam tu kawan aku ajak keluar jauh sikit. Konon nak belanja makan. Sedar tak sedar, aku balik lewat sangat. Pukul 1.30 pagi!

Naik tangga apartment, rasa suram sangat sebab banyak lampu tak berfungsi. Bulu tengkuk memang meremang, tapi aku buat tak tahu. Pertama kali balik lewat macam tu, lain macam pula rasa.

Aku rasa macam ada ‘sesuatu’ yang masuk sekali tapi tak nampak.

Aku diberi kelebihan oleh-Nya dapat lihat benda-benda pelik tapi bukan sepanjang masa. Disebabkan tak nampak apa-apa, aku anggap cuma perasaan sendiri.

Aku tidur di sebelah anak lelaki yang berumur setahun lebih. Aku namakan dia sebagai Didi dalam cerita ni.

Malam tu aku gelisah sangat. Aku tidur menghadap pintu bilik yang jarak dengan tilam cuma semeter. Aku rasa panas sangat. Bukak je mata, aku terus melompat. Isteri bertanya kenapa. Aku cakap aku cuma mengigau.

Padahal masa aku tidur dalam keadaan mengiring ke kiri, aku nampak ‘dia’ pun baring menghadap muka aku dalam jarak yang dekat. ‘Dia’ yang aku maksudkan ialah pontianak!

Muka dia hitam legam, rambut mengerbang, sebiji macam cerita pocong Indonesia. Mata tajam tepat ke muka aku.!

Selepas aku lompat tadi, terus hilang. Aku tengok sekeliling. Nampak ‘dia’ tunggu di luar tingkap cermin. Aduhai! Macam mana ‘dia’ boleh ikut aku balik? Aku buat tak tahu, sambung tidur menghadap muka anak ke kanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience