BAB 7

Horror & Thriller Completed 5381

Besoknya, anak aku menangis kuat sangat ketika di toilet. Aku tengok kelibat ‘dia’ di atas tangki air. Aku terus ambil alih mandikan anak. Isteri masih tak tahu perkara sebenar.

Mati aku kalau dia tahu, mahu berkepit aje kerjanya nanti. Selepas hantar anak ke rumah pengasuh dan pergi kerja, aku telefon mak di kampung.

Mak suruh tumbuk bawang putih dan letak sebelah Didi. Malam tu Didi tidur nyenyak tapi aku tak. Sebab aku nampak benda tu sentiasa di luar tingkap bilik dan kadang-kadang di luar tingkap sebelah dapur.

Selepas 2 minggu berentap dengan tangisan Didi dan lengannya penuh merah-merah, aku terus terang dengan isteri. Dia nampak takut sangat. Atas nasihat mentua, aku pulang ke kampung petang tu juga.

Pakcik kepada isteri aku minta aku selesaikan sendiri ‘benda’ tu tanpa kehadiran anak isteri. Dengan menggunakan garam dan ayat Kursi, aku ditugaskan halau pontianak. Malam tu juga aku balik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience