BAB 2

Horror & Thriller Completed 5381

Pada minggu kedua, juga pada hari Khamis malam Jumaat pada lebih kurang jam 10 ke 11 malam, Acong dan seorang kawan ingin keluar makan malam. Mereka keluar dengan menaiki motosikal.

Sampai sahaja di satu selekoh berdekatan Bukit Permai, Ampang tiba-tiba Acong ternampak sesuatu di sebelah cermin sisi kiri motosikalnya. Acong memberitahu saya bahawa muka makhluk itu sangat jelas, mungkin sebab ia betul-betul berada di sebelah dia.

Acong mengatakan muka mahkluk yang dia nampak itu hitam, hodoh dan berambut panjang mengerbang, tengah terbang mengikuti Acong ke mana sahaja Acong pergi. Berdasarkan ciri-ciri yang digambarkan oleh Acong, saya yakin makhluk tersebut adalah pontianak.

Disebabkan rasa tidak sedap hati, Acong mencabut cermin sisi kiri itu dan meletakkannya ke dalam bakul motosikal. Nak dijadikan cerita, apabila Acong terpandang cermin sisi kanan, pontianak itu berada dekat sebelah kanan Acong pula.

Acong terus menterbalikkan cermin sisi kanan ke depan. Kawan Acong merasa pelik melihat kelakuan Acong dan bertanya “kenapa?”. Tetapi Acong tidak menjawab kerana Acong ini jenis yang kalau nampak sesuatu yang aneh, dia akan senyap dan tidak akan bercakap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience