BAB 4

Horror & Thriller Completed 5381

Selepas itu Acong membonceng motosikal Mamat, manakala Taufiq menaiki motosikal Acong. Acong terpaksa menjadi penumpang sahaja kerana dia sudah tidak berani untuk menaiki motosikal sendiri.

Motosikal yang dinaiki oleh Mamat dan Acong ada di depan manakala Taufiq mengikuti mereka daripada belakang. Nak dijadikan cerita seramnya, Acong pada masa itu menoleh ke belakang kerana Acong hendak melihat Taufiq.

Waktu itu Acong nampak pontianak tersebut terus mengikuti motosikal yang dinaiki Taufiq daripada belakang. Pontianak tu tidak duduk di atas bangku motosikal Taufiq tetapi ia hanya mengikut daripada belakang. Acong berkata bahawa dia nampak rambut pontianak itu yang mengerbang tidak tentu hala ditiup angin malam.

Nampaknya pontianak itu begitu bersungguh-sungguh dan sangat berminat untuk mengikuti Acong.

Mengikut kata ustaz yang mengubati Acong, pontianak ini sangat berminat nak berkawan dengan Acong. Masa Acong bercerita saya cakap padanya “Itulah siapa suruh kau kacak sangat sampai hantu pun berminat”.

Mak Acong pula cakap “Kau ni memang dah tak ada perempuan lain ke yang kau nak pilih, sampai kau pilih hantu ini!”.

Semasa Acong kena ikut dengan pontianak ini, Acong memang langsung tidak boleh bercakap dengan teman wanita dia. Apabila teman wanita Acong menelefon, Acong akan merasa marah dan akan terus melenting.

Acong memberitahu pernah sewaktu teman wanita dia menghubunginya, Acong merasa begitu marah sehingga menendang kipas sampai pecah. Tetapi Acong tahu bahawa yang marah itu bukan Acong tapi pontianak itu.

Disebabkan pontianak itu perempuan, mungkin dia cemburu Acong mempunyai teman wanita lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience