BAB 3

Horror & Thriller Completed 5381

Sebelum saya menyambung cerita mengenai Acong, ayah saya pernah bercerita bahawa pernah suatu hari anak jiran kami balik lewat malam dalam pukul 1 lebih.

Ketika anak jiran kami itu melalui lorong berdekatan kawasan perumahan saya dengan menaiki motosikal, tiba-tiba ada seorang perempuan menahan motosikal dia suruh berhenti, perempuan tu memakai pakaian putih. Tetapi malangnya apabila dia berhenti, bukan perempuan sebenarnya yang menahan motosikal beliau tetapi mahkluk lain yang berwajah mengerikan.

Kasihan, seminggu dia demam kerana diganggu oleh makhluk tersebut. Lagi sekali nampak macam filem Melayu kan? Tetapi ini adalah peristiwa yang benar-benar berlaku.

Sekarang saya sambung semula bercerita mengenai Acong, selepas Acong dah perasan pontianak itu mengikuti dia, Acong menghantar kawan dia balik ke rumah. Melihat air muka Acong yang lain macam, kawan dia tidak membenarkan Acong terus balik.

Sebaliknya kawan dia meminta Acong menunggu di rumahnya dahulu dan kemudian menelefon kawan serumah Acong untuk datang mengambil Acong.

Tidak lama kemudian, dua orang kawan Acong yang bernama Mamat dan Taufiq sampai untuk menjemputnya. Semasa Mamat dan Taufiq berada berdekatan pagar rumah, Acong bertanya

“Mamat, Taufiq, korang datang berapa orang ni?” Mamat dan Taufiq pun menjawab “2 orang je. Kenapa Acong?”.

Acong tidak memberitahu apa-apa kepada mereka tetapi sebenarnya Acong ternampak seorang lagi yang semestinya bukan manusia tengah mengintai Acong di sebalik kawan-kawannya. Seram juga saya mendengar cerita daripada Acong itu.

Cuba anda bayangkan ada sesuatu sedang mengintai anda melalui tingkap sekarang ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience