BAB 8

Horror & Thriller Completed 5381

Sampai di kawasan perumahan, takde kedai yang jual garam kasar. Banyak kedai sudah tutup. Alamak!

Ni semua disebabkan garam kasar yang dibekal mentua tertinggal. Aku terpaksa guna air sebagai pengganti garam. Tapi pakcik dah pesan, air pun boleh tapi cara ni agak kasar sikit.

Sampai rumah, aku cari semangkuk air. Sebelum aku mulakan ‘acara halau hantu’, aku cakap pada ‘benda’ tu.

“Aku nak bersihkan rumah aku. Aku nak kau keluar sekarang sebelum aku mulakan”.

Habis je aku pesan, aku mulakan arahan dari pakcik aku. Ya, senjata dia cuma air dan ayat kursi. Ini pertama kali aku buat sendiri ‘pembersihan rumah’.

Sebaik selesai, aku rasa lega sangat. Setiap penjuru aku renjiskan air dengan bacaan Kursi. Aku fikir, cara ni lebih mujarab berbanding guna garam sebab tak perlu bersihkan semula seperti taburan garam.

Malam tu aku tidur seorang, sementara nak ambil anak isteri di kampung keesokannya. Selepas beberapa lama tidur di luar bilik, aku terasa ada kain dilayarkan atas kaki aku. Yang pasti, aku sedar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience