BAB 1

Horror & Thriller Completed 5381

Acong telah mengalami peristiwa yang boleh dikatakan seram dan tidak boleh dilupakan sehingga sekarang. Acong yang berumur 21 tahun pada ketika itu adalah seorang yang langsung tidak mempercayai akan kewujudan makhluk-makhluk halus termasuklah hantu, langsuir, pocong dan lain-lain lagi.

Apabila orang bercakap mengenai hantu, dia akan membalas “Eh mana ada hantu dalam dunia ni, lagi-lagi zaman moden ni haa”.

Pada anggapan Acong, semua perkara yang bersangkut-paut dengan hantu adalah mengarut. Sampailah pada satu hari perkara yang dia tidak jangka berlaku. Berlaku ke atas dirinya sendiri.

Hari Khamis malam Jumaat tahun lepas, Acong balik ke rumah sewa dia.

Secara kebetulan semua kawan-kawan serumah dia keluar. Jiran sebelah rumah dia pun keluar sekali dengan kawan-kawan dia. Malam itu terpaksalah Acong tinggal seorang diri di dalam rumah sewa tu.

Tanpa berfikir apa-apa, dia terus menyalakan lampu tangga dan naik ke bilik. Masa tu jam menunjukkan pukul 11.30 malam, secara tiba-tiba televisyen di ruang tamu terpasang.

Memikirkan bahawa kawan-kawan serumah dia dah balik, Acong pun turun ke bawah. Tetapi apabila Acong memanggil semua nama kawan-kawan dia, tak ada seorang pun yang menyahut panggilan beliau.

Memandangkan tiada sesiapa di bawah, Acong terus mematikan televisyen dan naik ke atas semula, namun selepas itu televisyen tersebut terpasang balik.

Kali kedua televisyen terpasang semula, Acong terus angkat kaki daripada rumah sewa itu. Nampak macam sinopsis filem Melayu kan? Tetapi itulah yang berlaku terhadap Acong pada minggu pertama dia menginap di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience