BAB 5

Horror & Thriller Completed 5381

Walaupun sudah berubat, Acong masih lagi boleh melihat benda-benda halus sehingga sekarang. Pernah sekali tu Acong bercerita bahawa ada satu pokok rendang berdekatan dengan kampung Acong.

Waktu itu dah tengah malam, Acong hantar mesej pada saya berbunyi begini.

“Saya ada nampak ‘benda’ tengah bertenggek dekat atas pokok besar itu. Elok je ia duduk kat atas tu, saya takut la”.

Dah lah masa dia mesej saya itu, saya tengah duduk dalam bilik sorang-sorang. Acong bercerita lagi ketika dia tengah duduk seorang diri di dalam bilik, dia terdengar ada orang memanggil namanya sayup-sayup sebanyak 3 kali.

Ada lagi satu cerita, sewaktu Acong pergi ke Kelantan dengan kawan-kawan beliau, mereka melalui suatu kawasan di mana terdapat sebuah rumah kosong.

Dahulu rumah kosong tu adalah tempat pembunuhan di mana seorang cucu membunuh neneknya sebab cucu dia tu penagih dadah. Kisah pembunuhan itu pernah heboh dalam berita pada tahun 2008.

Semasa melalui rumah kosong tersebut Acong ternampak ada seorang nenek tua bongkok tengah berdiri di kawasan rumah tersebut. Nak dikatakan jiran adalah tidak logik sebab masa itu adalah pada waktu malam.

Kalau betul pun jiran, apalah si nenek ini buat dekat tempat seram macam tu?

Teringat pula, Acong ada memberitahu saya bahawa rupa nenek yang dia nampak itu lebih kurang macam makcik tua di dalam filem Congkak, tetapi jauh lebih seram lagi.

Fikir-fikirlah. Sebab itulah orang selalu pesan mulut itu kena jaga jangan nak celupar sangat, jangan nak berlagak, jangan main lalu dan langgar ikut suka sahaja tempat orang. Namun begitu anda jangan sesekali cakap macam ini “Tok nenek, cucu tumpang lalu”. Boleh jatuh syirik jadinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience