Bab 2

Romance Series 26533

Ros menyarung kasut sneaker kegemarannya sambil mengunyah sekeping roti bakar.

"Ibu Ros pergi kerja dulu," kata Ros dengan mulut yang penuh dengan roti.

"Kamu ni kalau nak cakap tu habiskan Lah roti dalam mulut tu dulu," kata Puan Samsiah.

"Ye,bu".

" Bawa motor tu hati-hati. Jangan bawa laju-laju pula,"pesan Puan Samsiah lagi.

"OK,bu.Bye ibu.Assalamualaikum," kata Ros.

"Waalaikumusalam".

*************
Tiba di restoran, Ros terus ke tempat menyimpan barang.

" Good morning,Ros,"ucap Azura.

"Good morning,akak," jawab Ros sambil menghadiahkan sebuah senyuman. Kalau lelaki tengok senyum itu pasti tidak tidur malam.

Ros memulakan kerjanya. Dia membersihkan meja yang diduduki oleh pelanggan tadi. Kelihatan ramai pelanggan sedabg menikmati sarapan mereka.

Setelah selesai, dia kembali ke belakang restoran. Selalunya dia akan menghantar sarapan ke bilik atau suite pelanggan yang menginap di hotel itu tetapi hari ini tiada pula. Ros duduk termenung teringat akan perbualannya dengan abahnya semalam.

#flashback

"Apa?Dia orang kejar Ros lagi!," kata Tian Muhsin dengan nada yang terkejut."Ros okay?,"tanya Tuan Muhsin pula.

"Ros okay je.Abah jangan risau lah nanti pandai-pandai lah Ros cari jalan macam mana nak cari duit tu," kata Ros.

"Mana Ros nak cari duit banyak tu?".

" Insya Allah. Ada lah tu".

#flashbackend

"Ha,termenung apa tu!," sergah Radin.

"Ish kau ni Radin terkejut aku," kata Ros sambil mengurut dadanya.

"Kau ni kenapa dari tadi asyik termenung je. Kau ada masalah ke?," tanya Radin sambil melabuhkan punggung di atas ketusi disebelah Ros.

"Tak ada lah," kata Ros sambil tersenyum manis.

'Aduh,jangan lah senyum macam tu.Nanti gugur jantung aku,'desis hati Radin.

"Oii Radin kau tak payah lah duk kacau Ros tu. Baik kau pergi sambung kerja sebelum Abang Jimmy datang," kata Azura.

"Ye lah. Orang nak sembang dengan Ros sekejap pun tak boleh," rungut Radin sambil melangkah pergi ke dapur.

Ros hanya ketawa kecil melihat gelagat rakannya itu.

********
Haider melangkah keluar dari keretanya. Dia membutangkan kotnya yang tadi terbuka. Kakinya melangkah masuk ke restoran itu. Setiausahanya hanya membuntutinya.

Ada seseorang melambai tangan ke arahnya. Dia menuju ke arah orang itu.

"Welcome to my hotel,Dato' Haider," kata Tuan Shahmi sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Haider.

Haider menyambut huluran itu. Kemudian, mereka duduk.

"Ros come here," kata Tuan Shahmi memanggil Ros yang sedang membersihkan meja.

"Ye,tuan," jawab Ros sambil berjalan menuju ke arah bosnya.

"Dato' nak minum apa?," tanya Tuan Shahmi.

"White coffee," jawab Haider dengan nada yang mendatar.

"White coffee and ice lemon tea".

" Okay,that's all?".

Tuan Shahmi hanya mengangguk tanda itu sahaja yang mereka ingin pesan.Ros menyimpan semula pen dan buku yang tadi dia keluarkan ke dalam poket.

Beberapa minit kemudia,minuman yang mereka pesan tiba.Ros meletakkan minuman itu dengan berhati-hati sambil tersenyum kepada Haider.Kemudian,Ros pergi menyambung kerjanya semula.

"Dato'?," kata Tuan Shahmi sambil memetik jari di hadapan muka Haider. Haider yang tadi mengelamun kembali ke alam realities semula.

'Kau dah kenapa Haider.Macam tak pernah perempuan senyum.Tapi aku macam kenal je muka tu',kata Haider di dalam hati.

Mereka pun memulakan pembincangan. Sejam kemudian,sesi pembincangan mereka pun tamat. Haider melangkah keluar dari restoran itu lalu masuk ke dalam keretanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience