Bab 3

Romance Series 26533

"Ini maklumat yang Dato' minta," kata Raffiq sambil menghulurkan sebuah fail. Kini fail itu bertukar tangan.

"Kau boleh keluar sekarang," arah Haider. Raffiq yang tadi berdiri di depannya terus melangkah keluar dari bilik kerjanya.

Haider membuka fail yang berada di tangannya. Dia membaca setiap maklumat di dalam fail itu. Orang-orangnya memang cekap membuat kerja. Dia berpuas hati dengan maklumat yang diberi. Matanya melekat pada maklumat tentang masalah peribadi gadis yang buat dia tidak tidur malam itu.

"Wow, berhutang sampai RM 50.000 dengan Ah Long pula tu. Mungkin ini sebab dia tumpang kereta aku hari tu. Patutlah muka macam takut je. Tak boleh biarkan ni," kata Haider seorang diri.

Dia menutup fail itu semula. Tiba-tiba dia teringat akan senyuman yang diberikan oleh gadis itu. Automatik bibirnya turut tersenyum. Senyuman gadis itu seperti senyuman seseorang yang dia pernah kenal ketika kecil. Namun dia tidak dapat mengingatinya.

"Ros Kimila," nama gadir itu diucap oleh Haider. Senyuman di bibirnya belum lekang. Hebat sungguh penangan gadis itu sehingga Haider yang kurang senyum pun tersenyum selebar itu.

"Amboi,tersenyum-senyum dari tadi dah kenapa. Kena sampuk dengan hantu senyum ke cucu nenda ni," kata Nenda Suri yang sudah tercegat di hadapan Haider.

"Eh,nenda. Bila masa nenda masuk. Haider tak perasan pun," kata Haider tersedar dari lamunannya tadi.

"Mana lah nak perasan tengah teringatkan si buah hati. Sampai nenda dekat depan dia pun tak perasan. Cuba kamu bagi tau nenda siapakah gerangan gadis yang telah mencuri hati cucu nenda sehingga buat kamu angau tak sudah ni," sambung Nenda Suri pula.

Muka Haider sudah berona merah sampai ke telinga. Malu bila nendanya melihat dia tadi. Dah macam orang gila."Mana angau nenda ni. Tadi teringat dekat Raffiq. Ada ke dia terjatuh dekat restoran pagi tadi,"tipu Haider.

"Tak nak cerita tak apa. Nenda akan siasat sendiri. Jom kita makan. Mak Jah dah masakkan your favorite food".

Haider yang tadi duduk bangun serta merta. Perutnya sudah berbunyi tanda dia sudah lapar. Dia mengenggam tangan nenda kesayangannya itu lalu keluar dari bilik kerjanya itu.

***********************

Ros berjalan menuju ke tong sampah besar di tepi rumahnya. Dia meletakkan plastik sampah yang dipegangnya tadi di dalam tong itu. Bari sahaja mahu melangkah masuk ke dalam rumah, tiba-tiba tangannya di tarik dari belakang. Ros terdorong ke belakang.

" Ish,sakitlah. Korang nak apa!,"tengking Ros kepada dua orang lelaki di hadapannya itu sambil merentap tangannya.

"Relaks lah. Tak payah lah tengking-tengking," kata Tiger.

"Kami cuma nak ingatkan kau jangan lupa bayar hutang bapak kau kalau tak nak kau jadi 'lauk' untuk bos kita orang," kata Cong pula.

"Ye,aku tahu lah nak bayar. Kan aku kata hujung bulan ni aku bayar tak faham bahasa ke. Baik korang blah sekarang sebelum aku menjerit," kata Ros sambil menjerit tajam pada dua orang lelaki di depannya itu.

"Okay, tapi ingat hujung bulan ni kami datang balik," jerit Tiger lalu beredar dari situ bersama Cong.

Ros menarik nafas berat. Dia perlu mendapat duit tu dengan segera. Dia membuka langkah masuk ke dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience