Bab 5

Romance Series 26524

Ros berjalan ke pintu masuk restoran itu. Baru sahaja mahu masuk ,ada seseorang menegurnya.

"Cik Ros Kimilia ke?," tanya Katy pelayan restoran itu.

"Ye saya," jawab Ros.

"Sila ikut saya. Ada orang sedang menunggu cik". Katy berjalan ke arah meja yang telah diduki oleh seorang lelaki berkot. Ros hanya membuntutu Katy. Kemudian mereka berhenti di hadapan meja itu. Haider yang tadi duduk terus bangun.

" You are Ros,right? Saya Huqq,"kata Haider memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Ros.

"Ros hanya mengangguk menandakan dia ialah Ros." Sorry bukan muhrim,"kata Ros menolak dari bersalaman dengan lelai itu.

Haider termalu sendiri. Dia menarik semula tangannya."Have a seat,"jemput Haider. Dia meoabuhkan punggungbya di atas kerusi begitu juga Ros."Awak nak minum? Pesan je saya belanja".Katy masih setia berdiri di hadapan meja itu.

"Tak apa lah. Saya dah minum tadi," jawab Ros.Katy pun beredar dari situ selepas mendapat izin daripada Haider.

"So awak datang jumpa saya ni maksudnya awak setujulah jadi kawan saya," kata Haider.

"Ye lah.Kalau tidak saya tak datang lah. Kejap awak ni bukan ke....". Baru sahaja mahu menyambung ayatnya Haider mencelah.

" Dato' yang jumpa bos awak hari tu,"celah Haider.

"Membulat mata Ros bila dapat tahu orang yang berpangkat Dato' ingn berkawan dengannya." Oh My God!Seriously?,"kata Ros dengan nada yang terkejut.

"Seriuslah ni. Tak akan saya main-main pula," jawab Haider selamba lalu menyisip minuman kegemarannya itu.

"Dato' tak malu ke nak berkawan dengan saya?".

" Apa yang nak dimalukan .Awak bukannya banduan,"kata Haider lalu meletakkan cawan ditangannya di atas meja.

"Saya rasa kita tak sesuailah jadi kawan. Kita ni dah macam langit dan Bumi. Jauh bezanya. Lebih baik Dato' cari kawan main daripada berkawan dengan saya yang tak ada apa- apa ni," jawab Ros panjang lebar.

"Saya ikhlas nak berkawan dengan awak. Saya tak pandang semua tu. Yang saya tahu awak seorang yang baik dan boleh dibuat kawan," jujur Haider.

"Tapi Dato'.....".

" Tak ada tapi-tapi. Kan saya dah kata say ikhlas dengan awak. Kita ni sama je. Manusia.Bak sini fon awak,"Kata Haider sambil memanjangkan tangannya mencapai telefon di genggaman Ros.

"Eh eh,Dato' nak buat apa tu?". Ros cuba mengambil kembali telefonnya tetapi tidal berjaya.

Tangan Haider lincah mendail nombor seseorang. Tiba-tiba bunyi deringan telefon kedengaran.Haider menyeluk poketnya lalu mengeluarkan telefon miliknya.

" Done,save. Nanti kalau ada apa-apa say call awak okay,"kata Haider lalu menghulurkan telefon milik Ros semula.

"Baik,Dato'. Saya balik dulu lah ye. Saya ada kerja nak buat.See you later and thank you sebab sudi jadi kawan saya," kata Ros sambil tersenyum Mani's. Tangannya mengambil telefon miliknya lalu memasukkannya ke dalam beg sandangnya.

"Bye. See you later too," jawab Haider.

Ros bangun dari duduknya lalu membuka langkah keluar dari restoran itu.Haider yang masih duduk di situ memandang Ros hingga dia hilang dari pandangannya. Dia menarik nafas lega. Akhirnya dapat juga dia rapat dengan gadis pujaannya itu.Bibirnya mengukir senyuman. Dia pun bercadang untuk pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience