Bab 9

Romance Series 26524

Haider merebahkan dirinya di atas katil yang bersaiz king itu. Gembira rasa dihati dapat keluar dengan Ros. Nampaknya tidak tidurlah dia malam ini kerana teringat akan Ros. Ingin sahaja dia mengatakan perasaannya terhadap Ros tetapi dia berasa terlalu cepat kerana dia baru sahaja mengenali Ros. Tiba-tiba dia teringat akan hutang yang perlu Ros bayar
kepada Ah Long. Hatinya mula risau ,takut apa-apa terjadi kepada Ros dan keluarga Ros. Dia mencapai telefon yang tadi tercampak di atas katil lalu mendail nombor seseorang.

"Hello, Kai. Aku nak kau dengan Kimi pergi jadi bodyguard untuk someone ni. Nanti aku bagi gambar dengan alamat. Pastikan dia tak terluka sikit pun. Kalau ada kau tahu lah nasib kau dengan kimi. Faham?!," kata Haider dengan tegas.

"Faham,Dato'," jawab Kai.

Haider menamatkan panggilan itu. Baru hatinya terasa tenang sedikit. Dia mengambil tualanya lalu melangkah masuk ke dalam bilik mandi.

Sementara itu, Nenda Suri sedang menghubungi Raffiq untuk mengetahui tentang perkembangan Haider dengan gadis bernama Ros itu.

****************"
Seminggu kemudian.....

Ros sedang mundar-mandir dibelakang restoran. Hatinya resah kerana memikirkan sesuatu.

"Macam mana ni. Tinggal seminggu lagi. Kalau aku pinjam dekat bank kena cari lagi. Aduh bisa pening kepala aku," kata Ros seorang diri.

Dia membuka langkah masuk ke dalam restoran semula. Dia mengukir senyuman terpaksa. Dia tidak mahu sesiapa tahu tentang masalahnya biarlah dia sahaja yang menanggung.

Ros melirik jam dipergelangan tangannya. Hampir pukul 12.30 tengah hari. Pelik kerana Haider tidak mengajaknya makan tengah hari bersama hari ini. Dia hanya membiarkan sahaja. Kemudian dia menyambung kerjanya yang tertangguh tadi.

***************
Di rumah Ros...

"Saya minta maaf kalau saya datang ni mengejutkan tuan dan puan. Tujuan saya datang ke sini untuk melamar Ros Kimilia sebagai isteri saya," kata Haider tiada nada. Dia berharap sangat cadangannya menjadi.

"Tapi Dato' kami ini orang susah. Tak sesuai langsung dengan Dato'," kata Tuan Muhsin pula. Puan Samsiah yang duduk di sebelah Tuan Muhsin hanya berdiam memberi ruang untuk suaminya bercakao dengan lelaki itu.

"Saya tak kesah semua itu. Kalau tuan bagi saya kahwin dengan Ros saya akan bayar semua hutang tuan dan tanggung pembelanjaan tuan dan puan. Niat saya hanya ingin mengahwini Ros dan membantu tuan," tetus terang Haider berkata.

"Saya tidak boleh beri kata putus. Saya perlu tanya dengan tuan badan dahulu. Saya ini hanya penjaga dia".

Puan Samsiah sedikit bingung apabila mendapat tahu suaminya itu telah berhutang.

" Baiklah, saya bagi masa kepada tuan. Saya harap jawapan yang diberi nanti dapat menggembirakan hati saya. Ini kad saya kalau dah ada jawapan boleh hubungi saya,"kata Haider lagi.

Tuan Muhsin hanya mengangguk. Dia memandang ke arah istetinya yang masih bingung. Nampaknya dia perlu beritahu isterinya tentang hutang itu.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu". Haider bangun lalu bersalaman dengan Tuan Muhsin. Dia pun melangkah keluar dari rumah itu.

***************

Ros melangkah masuk ke dalam rumahnya lalu memberi salam." Assalamualaikum, ibu abah. Ros dah balik,"kata Ros. Kemudian dia membuka kasutnya dan meletakkannya di dalam rak.

Kelihatan ibu dan abahnya sedang duduk di ruang tamu. Dia melangkah pergi ke arah ibunya lalu bersalaman dengan ibunya. Dia melabuhkan punggu disebelah ibunya.Tiba-tiba abahnya bersuara.

"Abah nak cakap sikit dengan Ros," kata Tuan Muhsin dengan nada yang serius.

"Apa tu? Macam serius je," kata Ros sambil memandang ibu dan abahnya bersilih ganti.

"Tengah hari tadi, ada orang datang melamar Ros. Nama dia Dato' Haider," kata Tuan Muhsin memulakan perbualan.

"Ha? Melamar!," kata Ros dengan nada yang terkejut.

"Ya, katanya kalau Ros terima lamaran dia, dia akan bayarkan semua hutang abah dan akan tanggung pembelajaan abah setiap bulan. Abah tak nak terima. Abah nak tanya kamu dulu. Ini soal masa depan Ros. Jadi semua keputusan teletak ditangan Ros," kata Tuan Muhsin Lagi.

"So, ibu dah tahu lah pasal hutang tu," kata Ros sambil memandang ibunya. Tuan Muhsin hanya mengangguk mengiakannya.

"Bagi Ros masa. Nanti kalau dah dapat jawapan Ros bagitahu abah. Ros masuk bilik dulu ya," kata Ros meminta diri masuk ke dalam biliknya.

****************

Nenda Suri memandang cucunya yang sedang menikmati makan malamnya. Terkejut dia bila mendapat tahu dari Raffiq yang cucunya pergi melamar gadis yang berkawan dengan cucunya itu.

"Bila Haider nak bagi tahu?," kata Nenda Suri memandang tepat ke arah Haider.

Kelakuan Haider terhenti. Dia menoleh ke arah nendanya."Bagi tahu apa?,"dia menyoal kembali.

"Bagi tahu pasal kamu nak kahwin. Sampai bila kamu nak berahsia dengan nenda," terus terang Nenda Suri.

"Ouh, nenda dah tahu pasal tu. Haider tak payah bagi tahu lah. Macam Haider tak tahu nenda dah pasang spy. So tak payah Haider susah-susah bagi tahu nenda," selamba sahaja Haider menjawab.

Nenda Suri hanya menggelengkan kepalanya."Haider kahwin ni bukan benda yang boleh dibuat main,"kata Nenda Suri.

"Siapa kata Haider main-main. Haider serius lah. Entah macamana Haider boleh terfikir nak kahwin dengan Ros. Bila Haider dekat dengan dia,Haider rasa macam kenal dia tapi Haider tak ingat. Haider pun rasa macam main bila dengan dia. Haider tenang, gembira and berdebar-debar bila dekat dengan dia.So, nenda boleh Haider kahwin dengan dia?," soal Haider.

"Baru nak tanya nenda. Kamu dah jumpa keluarga dia. Memang tak boleh lah nenda halang melainkan dia tak setuju. Haider kena bersedia untuk galas tangungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Nenda akan sokong apa sahaja yang Haider buat asalkan benda tu betul," kata Nenda Suri sambil tersenyum. Haider yang disisinya juga turut tersenyum. Bahagia rasa di hatinya.

'Saya tak akan sia-sia kan awak Ros,'kata Haider di dalam hati.

Yeah,Haider nak kahwin. Kita tunggu apa yang jadi selepas ni. Happy reading korang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience