Bab 8

Romance Series 26524

Sepuluh minit telah berlalu. Ros menarik nafas lega kerana dia sangka Huqq tidak jadi datang ke tempat kerjanya. Dia pun menyambung kerjanya yang tertangguh.

"Ros boleh tak tolong jaga kaunter sekejap. Akak nak ke ladies kejap," kata Azyra tergesa gesa pergi. Ros hanya mengangguk lalu duduk dikaunter tersebut. Dia duduk melihat sekeliling restoran itu. Matanya tertangkap sebuah keluarga sedang duduk di suatu sudut direstoran sambil menikmati makanan tengah hari mereka. Dia tersenyum kelat.

Tanpa dia sedari,ada seseorang sedang mendekatinya sambil memerhatikannya. Lalu orang itu pun bersuara.

"Jauh termenung,"bisik orang itu ditelinga Ros.

Ris terkejut lalu berpaling ke sebelahnya. Makin terkejut dia apabila orang yang disebelahnya itu ialah Huqq.

'Kenapalah dia datang,'bisik hati Ros.

" Dato' bukan tak datang ke?,"tanya Ros.

"Siapa kata saya tak datang. Kan saya kat saya datang cuma saya lambat sikit tadi banyak kerja dekat office. Sorry," ucap Haider."Jom,"sambung Haider lagi sambil menarik tangan Ros.

"Eh eh. Dato' nak bawa saya pergi mana ni?".

" Nak pergi lunch lah pergi mana lagi,"kata Haider.

"Dato' saya ni kerja dengan orang mana boleh suka-suka keluar macam tu. Dato' tak apa lah Dato' tu bos," kata Ros.

"Okay, kalau macam tu apa yang perlu saya buat untuk bawa awak keluar lunch ni?," tanya Haider.

"Awak kena jumpa Chef Jimmy dulu or awak nak saya pergi jumpa dia," jawab Ros.

"Biar saya pergi".

" Ros,"panggil Azura yang baru keluar dari ladies.

"Ouh,akak," kata Ros. Dia pelik mengapa Azura memandang dia dengan raut wajah yang pelik. Baru dia perasan yang tangannya dan tangan Haider masih berpegangan.Dia melepaskan tangannya. Haider pun baru tersedar.

"Akak jangan salah faham. Tadi saya tak terjatuh. Dato' tolong saya je," tipu Ros sambil memandang tajam ke arah Haider.

"Ouh," kata Azura sambil tersenyum penuh makna.

"Cik tahu mana Chef Jimmy?," tanya Haider tiba-tiba.

"Dia ada dekat dalam. Dato' nak jumpa dia ke?," tanya Azura semula. Haider hanya mengangguk. Ros yang disebelahnya sudah myla gelisah.

Tidak lama kemudian, Chef Jimmy pun keluar daru dapur. Dia terkejut apabila mendapat tahu Dato' Haider ingin berjumpa dengannya. Rasa berdebar-debar pula.

"Awak Chef Jimmy ke," tanya Haider memastikan itu ialah Chef Jimmy. Chef Jimmy hanya mengangguk menandakan dia yang dimaksudkan Haider.

"Saya nak minta izin nak bawa Ros pergi lunch dengan saya just one hour. Boleh?," minta Haider. Ros yang disebelahnya sudah membulatkan mata lalu hanya tersenyum paksa.

'Aduh,dah lah ada Kak Zura. Nanti dia kepoh satu dapur macam mana. Bala balah,'kata hati Ros.

"Sure. Untuk Dato' semua boleh," kata Chef Jimmy memberi keizinan untuk Haider membawa Ros pergi keluar makan.

Haider sudah tersenyum lebar manakala Ros sudah menundukkan kepalanya.

"Jom Ros. Saya dah minta izin. We can go now," kata Haider sambil memandang ke arah Ros.

"Tunggu dekat sini. Saya nak pergi ambil beg," kata Ros sedikit kasar. Nasib baik lah Dato', kalau tidak sudah dia kerat 14 Haider itu. Dia membuka langkah pergi ke lokernya.

Seminit kemudian, Ros muncul semula dengan begnya. Mereka pun pergi ke tempat hendak dituju dengan menaiki kereta milik Haider.

****************

Makanan yang dipesan mereka sudah siap lalu dihidang. Ros berasa sedikit teruja kerana buat pertama kali dalam hidupnya dia makan di restoran mewah begini. Tetapi dia masih tidak selesa kerana ada Haider di hadapannya dari tadi merenungnya tidak berkelip.

"Kenapa Dato' yengok saya macam tu?," tanya Ros.

"Saja. Saya nak tengok bidadari dekat depan saya ni," kata Haider. Ros hanya ketawa kecil.

"Bidadari macam ni. Menipu je Dato' ni. Saya ni tak cantik mana pun. Kalah tau dengan model Malaysia yang top tu," kata Ros lalu menyuapkan mee ke dalam mulutnya.

"Saya nak tanya something dekat awak," kata Haider.

"Apa tu?". Ros mengelap bibirnya yang comot dengan tisu.

" Apa beza awak dengan ais dalam cawan ni?,"tanya Haider.

"Tak tahu," kata Ros lalu menyambung makan semula.

"Ais kalau cair dia cair dalam cawan tu tapi awak kalau cair awak cair dalam hati saya," kata Haider. Dia pun tidak menyangka yang dia boleh memberi pickup line kepada Haider.

Ros sudah ketawa dengan jawapan Haider itu. Dia menyangka lelaki itu macam kayu tak ada perasaan keras memanjang rupanya pandai pula membuat pickup line untuknya. Raffiq yang berdiri dibelakang Haider menahan tawanya. Kalau terhabur tu makan maki lah jawabnya.

"Wow, pandai Dato' buat pickup line ye. Saya orang ke berapa Dato' bagi ni?," tanya Ros sudah selesai makan.

"Awak orang pertama," jawab Haider selamba.

"Tipu je Dato' ni. Mesti ada perempuan sebelum ni Dato' pernah buat dekat dia," kata Ros tidak percaya dengan kata-kata Haider itu.

"Betul lah. Kalau awak tak percaya tanya Raffiq".

" Okay, I trust you. Dah lah Dato' saya nak kena masuk kerja balik ni".

"Jom, saya hantar awak," kata Haider lalu bangun dari duduknya begitu juga Ros.

"Tak apa lah saya balik naik grab je," kata Ros.

"Mana boleh macam tu saya yang bawa awak datang sini, saya lah yang kena bawa awak balik dengan selamat dah jom," kata Haider lalu melangkah keluar.Ros hanya akur dengan kata-kata Haider.

"And one more thing, jangan lah panggil saya Dato'. Panggil je saya Huqq," kata Haider lagi sebelum masuk ke dalam kereta. Ros hanya mengangguk.

Raffiq yang sudah masuk ke bahagian pemandu pelik dengan kelakuan majikannya hari ini.

'Dark ni kena sampuk dengan hantu ke apa. Terlebih gula nampak siap tolong bukakan pintu untuk Ros',bisik hati Raffiq.

*************"

Radin dari tadi sedang mencari kelibat seseorang. Azura yang dari tadi memerhatikannya lalu menegurnya.

"Cari Ros ke?," tanya Azura.

"Ha ah. Akak nampak tak dia dekat pergi mana. Dari tadi saya cari dia tak Jim," kata Radin.

"Dia pergi keluar dating dengan Dato' Haider. Untunglah Ros kan dah lah cantik dapat boyfriend Dato' pula tu," selamba sahaja Azura berkata.

Radin yang mendengar menarik nafas berat. Dia baru tahu yang Ros sudah berpunya dengan Dato' pula tu. Nak dibandingkan dengan dia jauh sangat bezanya. Nampaknya dia terpaksa memendam perasaan ini seorang diri.

Sorry Izz update lambat because hari ni saya bz sangat jadi babysitter tak bergaji. So sebagai balasan saya buat chapter hari ni panjang sikit. Happy Reading u alls.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience