Bab 10

Romance Series 26524

Ros duduk di atas kalitnya selepas menunaikan solat istikarah. Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. Dia harap dengan cara dia dapat jawapan. Semalam Sudah dia difikir tentang jawapan itu tetapi dia mahu juga jawapan Allah untuknya.

#flashback

"Nak terima ke tak nak," kata Ros berulang kali."Kalau aku tak terima macam mana dengan hutang tu. Kalau aku terima senang sikit hidup ibu dengan abah. Emmmm..,"kata Ros lagi masih berfikir.

30 minit kemudian, dia pun sudah mendapat jawapannya."Baik aku terima. Nanti ibu dan abah tak terbeban dah. Biarlah Ros kau kena kahwin dengan Dato' entah tua umur berapa tu asalkan ibu dengan abah senang".

#flashbackend

Ros mengambil keputusan untuk sambung tidurnya semula. Dia pun baring lalu menarik selimutnya semula.

Pagi itu, seperti biasa mereka bertiga sarapan. Ros duduk di meja makan lalu bersuara memecahkan kesunyian.

"Kalau dengan cara ni dapat ringankan beban ibu dan abah, Ros setuju untuk kahwin dengan Dato' Haider," kata Ros.

Puan Samsiah dan Tuan Muhsin memandang ke arah anaknya itu.

"Betul ke ni?Ros tak menyesal?," tanya Puan Samsiah.

"Betul. Ros tak akan menyesal kalau nenda tu untuk kebaikan ibu dan abah. Nanti abah call lah Dato' bagi tahu jawapan Ros," jawab Ros lalu memandang ke arah abahnya pula.

Tuan Muhsin hanya mengangguk. Berat hatinya dia ingin melepaskan Ros. Namun apakan daya, dia hanya penjaga Ros sementara.

******************

Haider dari tadi senyum seorang diri. Raffiq yang melihatnya terasa pelik. Haider jadi seperti itu selepas mendapat panggilan dari seseorang pagi tadi.

'Aduh, Dato' ni dah betul-betup angau ni. Masalah,'kata Raffiq di dalam hati sambil menggelengkan kepalanya. Dia menyeluk poket kotnya lalu mengeluarkan telefon miliknya. Seperti biasa dia akan menjadi spy kepada Nenda Suri.

Haider teringat akan panggilan yang membuatkan dia tersenyum sehingga sekarang.

#flashback

"Hello,siapa ni?," tanya Haider sebaik sahaja dia mengangkat panggilan dari nombor yang tidak dia kenali itu.

"Saya ni Dato'. Tuan Muhsin, ayah Ros," jawab Tuan Muhsin.

"Ouh, ye Tuan dah ada jawapan dari Ros ke?," tanya Haider.

"Ya, Ros kata dia setuju untuk kahwin dengan Dato'. Saya harap Dato' boleh jaga dia baik-baik. Terima kasih juga sebab Dato' sudi bayar hutang saya dan tanggung pembelanjaan saya," ucap Tuan Muhsin.

"Alhamdulillah. Saya janji saya akan jaga Ros macam nyawa saya sendiri. Tentang hutang tu Tuan jangan risau saya akan settlekan secepat mungkin. Kalau tak ada apa-apa saya letak dulu. Assalamualaikum," kata Haider lalu menamatkan panggilan itu.

#flashbackend

Dia melirik jam ditangnnya. Sudah pukul 12.00 tengah hari. Tangannya mencapai kotnya lalu disarungkan ke tubuh.

Raffiq yang tadi bermain telefonnya memberhentikan kelakuannya apabila Haider sudah berada di depannya.

"Jom, pergi tempat biasa. Hari ni aku belanja kau sekali," kata Haider lalu melangkah keluar dari biliknya.

*****************

Ros yang tadi membuat kerja,terhenti apabila suara yang sangat dia kenali menegurnya.

"Good afternoon,my dear," tegur Haider.

"Afternoon Dato' Huqq. Ada apa cari saya?," tanya Ros buat tidak tahu tujuan Haider ke situ.

"Macam biasalah. Kita pergi lunch," kata Haider menghadiahkan sebuah senyuman. Ros membalas senyuman itu.

"Sekejap, saya nak ambil beg". Ros pun melangkah ke loker miliknya di bahagian belakang restoran.

Selepas mengambil mereka pun pergi ke restoran biasa yang mereka pergi.

Setelah selesai makan, mereka pun masuk ke dalam kereta milik Haider untuk balik ke restoran tempat kerja Ros.

Ros memandang ke luar tingkap. Dia hanya tenang sahaja. Haider yang curi-curi melihatnya hanya tersenyum.

'Ros saya janji saya akan jaga awak dan saya akan sayang awak sepenuh hati saya. Kerana awak saya makin berubah. Terima kasih Ya Allah kerana pertemukan kami,'bisik hati Haider.

Ros tersedar yang mereka bukan pergi ke arah restorannya tetapi ke arah lain.

" Kita nak pergi mana? Bukan tu ke jalan nak pergi restoran saya?,"tanya Ros.

"Ada lah. Kita nak pergi somewhere,"jawab Haider. Nasib baik dia sempat memberitahu Raffiq yang dia ingin pergi ke tempat kegemarannya.

" Tapi Huqq saya ada kerja lagi. Kesianlah dekat dia orang asyik ambil alih kerja saya je, "kata Ros.

" Tak apa. Saya dah up kan gaji dia orang,"jawab Haider selamba.

Mereka pun tiba dia destinasi. Ros tersenyum sendiri apabila melihat tempat itu adalah sebatang sungai yang terpencil di hujung bandar yang besar. Cantik,indah dan aman.

"Kalau saya stress or marah. Saya akan pergi ke sini untuk release my tention and the important thing is this," kata Haider sambil mengeluarkan sepeket coklat choki-choki dari poket kotnya.

"Really? Dah besar panjang pun makan coklat," kata Ros sambil duduk di sebuah batu di tepi sungai itu.

"Yup, this is my favourite chocolate".Haider duduk disebelah Ros sambil membuka peket coklat itu. Kemudian, dia menghulurkan sebatang coklat kepada Ros.

" Thank you,"ucap Ros lalu mencapai huluran itu."Awak ni teringatkan saya pada Abang Coki. Dia macam awak lah suka makan choki-choki tapi saya dah lama tak jumpa dia. Last saya jumpa dia waktu darjah 2. Lepas tu dia hilang macam tu je,"kata Ros.

"Ouh, mesti awak rindukan dia kan. Tak apa kalau awak rindy dia awak ada saya. Abang coki Huqq awak," kata Haider sambil tertawa. Ros juga turut tertawa. Tanpa mereka sedar, Raffiq yang dari tadi memerhatikan mereka merakan gelagat mereka berdua lalu dihantarnya rakaman itu kepada Nenda Suri.

Happy reading... Izz bz lagi hari ni sebab ada PDPR tapi Izz buat jugak chapter ni untuk korang. Sorry kalau lambat or tak syok...

Share this novel

husmafiq enterprise
2022-10-19 19:13:17 

dah setahun lebih xupdate

husmafiq enterprise
2022-10-19 19:09:56 

next...please..tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience