Bab 6

Romance Series 26524

Ros melipat telekung serta sejadah yang digunannya tadi. Kemudia,dia meletakkan ia di ampaian di fapam biliknya itu. Dia duduk di birai katil sambil melepaskan nafas berat. Dia berfikur sejenak.

"Macam mana lah aku nak dapatkan duit sebanyak tu dalam masa yang singkat ni. Tak akan nak pinjam dekat orang. Nanti lagi susah lah aku nak bayar. Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini," kata Ros sambul memandang ke arah lantai. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Tangannya mencapai telefon miliknya di atas bantal lalu menekan icon hijau.

"Hello,Assalamualaikum, kak," kata Ros memulakan perbualan mereka.

"Waalaikumusalam,Ros. Sorry lah kacau Ros malam-malam ni," jawab Azura.

"Tak kacau pun.Ada apa akak call Ros ni?," tanya Ros.

"Saja nak tanya pasal date Ros petang tadi. Okay ke or Mr Huqq tu propose Ros jadi isteri dia ke," gurau Azura.

"Mana ada lah akak saya ni tak sesuai langsung dengan dia. Kita orang kenal-kenal je. One more thing, kita orang berjumpalah kak bukannya dating".

" Mana lah tahukan. Bila Ros nak belanja akak?,"tanya Azura.

"Nanti lah kak. Tunggu gaji masuk. Sekarang duit ciput," kata Ros.

"Akak bergurau je lah. Tak payah belanja pun tak apa. Akak tak kisah pun,".

" Mana boleh kak.Saya dah janji mestilah kena tepati".

"Ikut suka Ros lah.Okay lah bye akak nak tidur. Good night Ros. Assalamualaikum," kata Azura.

"Waalaikumusalam, good night kak.," jawab Ros lalu menamatkan perbualan mereka.Ros membuka laci meja kecil di tepi katilnya lalu mengambil sekeping gambar di dalamnya. Dia menatap gambar itu. Air matanya mula bertakung kemudia jatuh ke pipinya. Betapa dia rindu dengan dua orang yang berada di dalam gambar itu. Dia membaringkan dirinya. Tangannya masih menggenggam erat gambar tersebut lalu dibawa ke dalam pelukan. Air matanya tidak berhenti mengalir.

"Umi walid Ros rindu umi dengan walid. Nanti kalau ada masa Ros pergi ziarah umi dengan walid ya. Ros harap umi dengan walid tenang di sana," kata Ros sambil memeluk erat gambar itu. Tanpa dia sedar,dia telah pun tertidur dibuai mimpi.

****************

Nenda Suri melihat cucunya yang sedang tersenyum sendirian sambil memandang langit di tepi kolam. Dia hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagat cucunya yang seperti orang dilamun cinta itu.

"Dah kenapa dengan cucu aku tu. Salah makan ubat ke," kata Nenda Suri sambil memandang ke arah Haider. Tiba-tiba dia teringat akan butler cucunya itu. Dia mengambil telefon lalu mendail nombor Raffiq.

"Hello,Assalamualaikum Puan Sri. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?," tanya Raffiq sebaik sahaja mengangkat panggilan dari Nenda Suri.

"Waalaikumusalam, Raffiq. Saya nak tanya ni," jawab Nenda Suri.

"Apa tu Puan Sri".

" Ada apa-apa yang pelik tak yang berlaku dekat Haider. Saya pelik lah. Sejak kebelakangan ni Haider selalu duduk sorang-sorang. Lepas tu tersenyum-senyu.,"terang Nenda Suri.

"Saya pun perasan juga. Dekat office pun sama. Yang paling saya terkejut semalam dia minta saya beli bunga lepas tu bagi dekat seorang perempuan yang ketja dekat restoran hotel client kita," kata Raffiq membocorkan rahsia Haider.

"Aik, pelik sungguh tak pernah-pernah dia bagi bunga dekat perempuan. Tak apa. Saya nak kamu bagi saya detail sekali gambar perempuan tu. Nak juga saya tahu siapa perempuan yang buat cucu saya angau sampai macam tu sekali," Kata Nenda Suri pula.

"Baik,Puan Sri. Nanti saya e-mail kan detail yang Puan Sri mahukan".

" Good. Saya letak dulu. Assalamualaikum".

"Waalaikumusalam, Puan Sri," jawab Raffiq. Mereka menamatkan perbualan itu.

Sementara itu,Haider yang masih di tepi kolam hanya memandang ke arah langit yang terbentang luas. Di dalam fikirannya sekarang hanya wajah Ros sahaja. Entah kenapa bila dia bersama Ros dia rasa tenang dan selesa. Dia rasa dia seperti sangat mengenali Ros dan ingin melindungi Ros. Pelik dengan dirinya kerana dia ini seirang yang dingin dan ketas hati tetapi tertawan dengan seorang gadis yang happy go lucky seperti Ros. Bila dia melihat senyuman Ros. Dia rasa tertarik. Hebat sungguh penangan Ros kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience