Bab 4

Romance Series 26533

Ros oh Ros. Ada orang datang cari Ros ni,"panggil Azura

"Ye kak . Kejap Ros datang ni," jawab Ros. Dia berhenti membuat kerjanya. Kakinya melangkah pergi ke arah Azura. Matanya tertacao pada seorang lelaki sedang memang sejambak bunga mawar di tangannya.

"Ada apa kak?," tanya Ros. Matanya beralih pula ke arah Azura di sebelahnya.

"Adik ni cari Ros," terang Azura sambil tersenyum penuh makna.

"Ada apa cari saya?," tanya Ros kepada lelaki di hadapannya itu.

"Saya diarahkan untuk hantar bunga ini pada awak.Nah. Sebelum tu sila sign di sini dulu," kata lelaki itu sambilenghukurkan jambangan bunga itu serta sehelai kertas untuk di tanda tangan oleh Ros.

Ros mengambil pen yang dihulurkan oleh lealki itu lalu tanda tangan pada kertas di hadapannya. Lelaki itu mengambil semula kertas itu. Kemudia mengucapkan terima kasih lalu beredar dari situ.

"Wow,ada orang dapat bunga lah. Dari peminat rahsia lah tu or your boyfriend. Untunglah jadi orang cantikkan," kata Azura sambil membelek-belek bubgan yang berada di tangan Ros.

"Ish,akak ni. Ros mana ada boyfriend," kata Ros.

"Eh tu ada kad lah. Ta k nak baca ke. Kalau tak nak baca biar akak yang baca". Tangan Azura mahu mencapai kad yang berada di tengah jambangan bunga itu tetapi ditampar lembut oleh Ros.

" Biar Ros yang baca," kata Ros sambil mencapai kad tersebut lalu dibuka."Hai Ros. Salam perkenalan. Boleh tak saya nak berkawan kawan dengan awak? Kalau awak tak keberatan petang ni pujul 4.00 saya tunggu di Restoran D' Boyz. Saya tunggu awak tau. Daripada Mr. Huqq". Ros menutup kembali kad itu. Azura yang menjadi pendengar sudah tersengih hingga ke telinga. Ros berfikur sejenak.

"Akak rasa Ros kena pergi ke tak payah".

Kenalah pergi. Nanti kesian dekat dia tunggu Ros dekat sana," jawab Azura.

"Tapi tak akan Ros nak tinggalkan kerja dekat sini. Nanti marah pula Chef Jimmy," kat Ros.

"Tak apa kerja Ros boar akak settlekan. Nanti akak bagi tahu Chef Jimmy yang Ros ada hal. Jangan lah risau".

" Thank you so much akak. Nanti ada masa Ros belanja akak makan,"kata Ros pula sambil menghulurkan senyuman di bibir.

*******************

Raffiq teringat pada majikannya. Tiba-tiba sahaja menyuruhnya membeli sejambak bunga mawar. Kemudia perlu berikannya kepada gadis yang bekerja di restoran hotel itu. Tidak pernah-petnah majikannya beri bunga kepada mana-mana perempuan. Pelik bin ajaib. Adalah ini bermakna majikannya telah jatuh cinta?

Bagus juga. Tak adalah majikannya itu selalu fikirkan tentang kerja yang banyak di syarikat ini. Raffiq tersenyum apabila teringatkan ketika majikannya meminta dia membeli bunga tersebut. Tergagap-gagap mahu bercakap. Seperti anak kecil yang baru muka bercakap.

"Ha, kau ni dah kenapa.Tersenyum-senyum macam orang gila. Kau gelakkan aku pasal tadi ek," kata Haider yang tiba-tiba muncuk di depan Raffiq.

"Eh,mana ada Dato'. Saya teringatkan kucing saya dekat rumah," tipu Raffiq.

"Sejak nila kau ada kucing ni Raffiq. Bulan ke kau anti kucing," tanya Haider.

"Ada Dato' saya baru beli minggu lepas. Dah bosan duduk rumah sorang-sorang. Saya beli lah kucing. Ada juga kawan,".

" Dah jom sekejap lagi aku ad meeting dengan someone. Kau tolong hantar aku . Lepastu kau boleh tetus balik,"kata Haider lalu berjalan menuju ke lif.

"Nanti Dato' nak balik macam mana?," tanya Raffiq sambil membuntuti Haider.

"Aku call lah Pak Mat ambik aku".

" Baik,Dato',"jawab Raffiq.

'Ceh Dato' meeting ke dating. Macam lah aku tak tahu,'desis hati Raffiq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience